Kumpow Anglers Malaysia, lubuk memancing khas di Kuala Lumpur - Memancing di Kuala Lumpur

Blog Admin | 6:12 PM | 0 comments

Kumpow Anglers Malaysia, lubuk <b>memancing</b> khas <b>di Kuala Lumpur</b> - Memancing di Kuala Lumpur


Kumpow Anglers Malaysia, lubuk <b>memancing</b> khas <b>di Kuala Lumpur</b>

Posted: 06 Jul 2014 06:27 PM PDT

Fishing in Malaysia is a passion. There are some excellent fishing groups to join on Facebook and one of these groups are the Kumpow Anglers of Malaysia (KAM). A predominantly sports fishing group there are some excellent members in this group. Mainly catch and release in the freshwater and take what you need in the salt. Kumpow anglers are the go to group to truly enjoy friendship and fishing here in Malaysia. 

Baru-baru ini rakan-rakan kami dari Kumpulan FB Kumpow Anglers Malaysia telah membuat suatu trip luar bandar yang betul-betul di luar bandar Kuala Lumpur sahaja. Kami diminta untuk tidak berkongsi lokasi lubuk ini kerana tidak ingin mengundang kehadiran kaki tapau yang tidak tahu had langsung. Oleh itu lebih baik untuk tidak menyebut nama lokasi langsung. Apa yang kami boleh kongsi adalah tempat ini tidak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur.

Rakan-rakan sekalian, lubuk ini merupakan lubuk sebarau metropolitan yang dipancing dengan penuh prihatin oleh rakan-rakan kami di Kumpow Anglers. Apa yang selalunya ditangkap disini selamat dilepaskan semula kerana ikan yang ditangkap ini semestinya amat berharga sekiranya anda seorang caster yang berpengalaman.

IMG-20140630-WA0000IMG-20140630-WA0001IMG-20140630-WA0002IMG-20140630-WA0003

Ikan yang terdapat di sini adalah ikan seperti Sebarau (Hampala Barb) dan juga salah suatu ikan khas Malaysia iatu Ikan Kelah (Silver Mahseer). Saiz ikan yang terdapat di sini juga boleh tahan dan pastinya akan memberikan asakan yang mantap untuk mesin casting mahupun fly anda.

IMG-20140630-WA0007IMG-20140630-WA0008IMG-20140630-WA0009IMG-20140630-WA0010

Untuk memancing dengan lebih efektif untuk ikan Sebarau ataupun Kelah disini, wakil Kumpow Anglers Malaysia, Encik Diki berkongsi sedikit tip untuk anda. Semestinya tip-tip ini boleh digunapakai dalam pelbagai situasi.

Berikut adala tip-tipnya:

Gewang yang sesuai digunakan disini adalah:

- Gewang sudu yang warna emas dan berat diantara 7 sehingga 14 gram (ini tertakluk kepada kelajuan arus air)

- Gewang tradisional seperti Rapala Countdown efektif disini. 

- Spinfly pun boleh digunakan

Ketika memancing disini sila prihatin terhadap kekeruhan air. Sekiranya air keruh peluang untuk kena ikan adalah amat bagus. Sekiranya air amat jernih maka peluang ini semakin berkurangan.

IMG-20140630-WA0011IMG-20140630-WA0012IMG-20140630-WA0013IMG-20140630-WA0014

Kumpow Anglers Malaysia sering menjemput ahli baru yang gemar memancing. Tidak kira umur, bangsa ataupun agama.  Apa yang penting adalah pemancing yang berbudi bicara dan peka terhadap perubahan ekosistem memancing di Malaysia.

 

_DSC1753 : Senja diperjalanan pulang ke <b>Kuala Lumpur</b> setelah <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2010 12:00 AM PDT

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

Kumpow Anglers Malaysia, lubuk <b> - <b>Pancing Kuala Lumpur</b>

Posted: 06 Jul 2014 12:00 AM PDT

Labuan terletak 115km daripada selatan Kota Kinabalu, penerbangan memakan masa lebih kurang setengah jam, dua setengah jam dengan feri.Ia mempunyai keluasan sebesar 95 kilometer persegi.
Aktiviti yang boleh dijalankan di sini serta tempat menarik untuk dilawati termasuklah:-
Snorkel di sekeliling pulau
lawatan ke rumah panjang
sukan memancing
memancing di tepi pantai
menyelam dalam bangkai kapal karam yang dikenali dengan nama 'Wreck Diving.'
membeli-belah di tempat bebas cukai di Jalan OKK Awang Besar
Berkayak
Menjamu selera dengan makanan laut segar.

Kampung Air.
Terdapat dua buah perkampungan air yang besar iaitu Kampung Bebuloh dan Kampung Patau-Patau. Kebanyakan penghuninya adalah orang Melayu Brunei. Rumah-rumah kayu ini dibina di atas jangkungan di atas air. Mereka dihubungkan oleh titi kayu. Setiap rumah mempunyai botnya masing-masing.

Taman botanikal, dikenali sebagai Bumbung 12, terletak di belakang lapangan terbang lama.

Marine Park yang merangkumi Pulau Rasukan Kecil, Pulau Rasukan Besar dan Pulau Kuraman.

Boleh berkelah dan berjemur, berenang, berkhemah.

Muzium Labuan mempamerkan budaya serta sejarah Labuan.

The Chimney setinggi 106 kaki dibina pada tahun 1800an. Ia merupakan mercu tanda popular di Labuan. Rahsia masih menyelubungi sebab sebenar ia dibina.

Muzium Marin Labuan mempamerkan pelbagai hidupan laut.

Memorial Perang Dunia Ke-2 merupakan kawasan perkuburan tentera terbesar di Malaysia.

Sebahagian besar dari jumlah 3908 terdiri daripada tentera Australia, Britain dan India.

Upacara Mengingati dijalankan pada hari Ahad paling hampir kepada 11hb November setiap tahun.

Peace Park terletak di Layang-Layangan.

Japanese Surrender Point terletak di Layang-Layangan. Ia adalah tempat ke-37 di mana Askar Jepun bagi rantau selatan menyerah diri kepada tentera Diraja Australia ke-9 pada 9hb September 1945.

Dataran Labuan merupakan tempat mengadakan pentas terbuka bagi kebanyakan pesta penting di Labuan. Di sini terletaknya tiang bendera yang mengibarkan bendera Malaysia.

Taman Burung - terletak berhampiran Terowong Tanjung Kubong, mempamerkan sebahagian besar burung tropika dari rantau ini.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan - bertaraf dunia, meliputi kawasan seluas 5.91 ekar. Kemudahan yang disediakan termasuklah pusat sukan air laut, kedai cenderahati, tempat makan dan sebagai menara tinjauan. Muzium marin Labuan juga terletak di sini.

4 buah Bangkai Kapal yang Karam di Labuan:-
The Blue Water Wreck bernama Mabini Padre
The Cement Wreck bernama MV Tung Hwuang
The American Wreck bernama USS Salute
The Australian Wreck bernama SS de Klerk
terdampar dalam lingkungan 34 km dari Labuan. Ia terdampar di dasar laut antara 30 meter sehingga 35 meter dengan bahagian puncak kapal berada pada takat 8 meter hingga 12 meter. Kejernihan air berubah-ubah bergantung kepada musim dari 6 meter sehingga 20 meter.

Hotels

Sheraton Hotel
Tel: 087 422 000
www.sheraton.com/labuan

Tiara Labuan Hotel and Service Apartment
Tel: 087 414 300
Emel: tiara002@streamyx.com

Beta Service Apartment
Tel: 087 453 333

The Waterfront
Tel: 087 418 111
Emel: waterfront@streamyx.com

Manikar Beach Resort
Tel: 087 418 700
Emel: manikar@tm.net.my

Boutique Hotel

Sara Hotel
Tel: 087 415 555

2-Star Hotel

Hotel Global
Tel: 087 425 201

Mariner Hotel
Tel: 087: 418 822

Budget Hotel

Hotel Pulau Labuan
Tel: 087 416 288

Hotel Ambassador
Tel: 087 423 233

Victoria Hotel
Tel: 087 412 411

Pulau Labuan Inn
Tel: 087 416 833

Hotel Pulau Labuan - branch
Tel: 087 422 388

Sky Global Hotel
Tel: 087 431 218

DSC1762 : Senja diperjalanan pulang ke <b> - <b>Pancing Kuala Lumpur</b>

Posted: 03 May 2014 12:00 AM PDT

Blog Admin | 7:03 PM | 0 comments


DSC1762 : Senja diperjalanan pulang ke <b>Kuala Lumpur</b> setelah

Posted: 03 May 2014 01:48 PM PDT

Blog Admin | 6:48 PM | 0 comments


_DSC1762 : Senja diperjalanan pulang ke <b>Kuala Lumpur</b> setelah <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2010 12:00 AM PDT

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

Tempat <b>Memancing di Kuala Lumpur</b> - Memancing di Kuala

Posted: 03 Apr 2014 12:00 AM PDT

'Alemy Maggi Ketam' Semerak

  

Anak watan Semerak yang pernah gagal dalam dunia perniagaan di Kuala Lumpur sebelum ini. Apabila pulang semula ke kampung duduk termenung memikirkan apalah sangat yang boleh dibuat berbekalkan latar belakang akademik yang ada lalu membuka sebuah kedai kecil di hujung kampung berdekatan rumahnya dan sungai. Pada siang hari tidak ramai pelanggan yang berkunjung kecuali malam. Mereka yang datang ini terdiri daripada kaki-kaki pancing yang datangnya dari serata tempat dalam negeri Kelantan kerana di situlah terletaknya sebuah struktur pintu penahan dan pelepasan air sungai yang dipanggil 'get' oleh orang-orang kampung di mana terdapat banyak ikan-ikan seperti siakap putih dan lain-lain yang menarik minat pemancing-pemancing untuk berkunjung ke situ pada malam hari.

Di situlah bermulanya episod penjenamaan 'Alemy Maggi Ketam' secara tidak langsung. Alemy ada seorang ayah yang bekerja kampung yang selalu turun ke sungai menahan 'bito' ketam iaitu sejenis perangkap ketam yang diturunkan ke dasar sungai. Ketam yang diperolehi itu dibawanya ke warong Alemy selain dijual kepada orang-orang kampung. Kisah resipi ini bermula apabila ada pelanggan yang meminta supaya dibuatnya maggi rebus dengan ketam sebagai tambahan ke dalam menu.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Rasa sedap maggi bercampur ketam ini disukai pemancing-pemancing yang datang memancing di 'get' itu. Berita disebarkan dari mulut ke mulut bahawa terdapat satu warong kecil di 'get Kampung Lembah', Semerak yang menyediakan menu maggi ketam yang menyelerakan. Jadi pemancing pun tidaklah perlu risaukan perut yang lapar kerana warong ini dibuka sehingga pagi. Ada pula yang berpendapat bahawa ketam bagus untuk mengurangkan risiko jangkitan demam denggi walaupun ianya tiada pengesahan secara saintifik oleh mana-mana pakar perubatan.

Alemy melihat bahawa peluang keemasan untuk mengembangkan perniagaannya tidak harus disia-siakan. Oleh kerana kedudukan warongnya agak jauh masuk ke dalam kampung, beliau membuat keputusan untuk keluar ke pekan Cherang Ruku dengan menyewa sebuah daripada kedai-kedai Majlis Daerah Pasir Puteh atau MDPP berhampiran tapak pasar malam.

Di sinilah nama 'Alemy Maggi Ketam' mula mendapat penjenamaannya yang sebenar diperingkat nasional. Tokoh-tokoh ternama mulai datang untuk merasai hidangan istimewa ini. Ada yang berpangkat dan bergelar, ada tokoh-tokoh politik, ada ahli-ahli perniagaan dan tokoh-tokoh korporat, ada pegawai-pegawai tinggi kerajaan, ada selebriti-selebriti terkenal dan berbagai-bagai lapisan masyarakat yang datang dari seluruh negara. Dengan bantuan daripada kawan-kawan, gambar mereka yang pernah berkunjung ini diambil dan dipaparkan di dinding bahagian dalam kedainya.

Pada mulanya Alemy hanya menyewa sebuah sahaja daripada deretan bangunan kedai-kedai MDPP ini. Oleh kerana sambutan begitu memberangsangkan, sekarang premis perniagaannya sudah dibesarkan kepada empat pintu secara bersambung. Pernah beliau sendiri memaklumkan kepada saya bahawa purata jualan atau 'sale' setiap malam ialah diantara RM3,000 ke RM5,000. Pernah juga katanya sewaktu musim pilihanraya kecil DUN Kuala Besut baru-baru ini, jualan yang diperolehinya mencecah RM50,000 untuk tempuh 10 malam walaupun pada masa itu ialah bulan Ramadan. Itu juga telah menyebabkan isu cuba dibangkitkan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh bahawa pemimpin-pemimpin dan orang-orang UMNO dari luarlah yang berkunjung ke kedai Alemy sedangkan Alemy sendiri orang PAS.

Beliau berkata jika sesiapa yang ingin datang adalah digalakkan supaya membuat tempahan melalui telefon atau secara on-line terlebih dahulu. Untuk tujuan itu, anak-anaknya telah membantunya menyediakan sebuah website dalam internet iaitu www.alemymeggiketam.blogspot.com. Orang ramai bolehlah melayari laman webnya itu untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat tempahan. Pelanggan-pelanggan tidak perlu bimbang tentang stok ketam hidup kerana beliau mengimportnya jika bekalan tempatan tidak mencukupi.

Itu sekadar perspektif latar belakang seorang usahawan tempatan yang namanya sedang meniti di bibir semua orang. Seorang anak kampung biasa yang dimurahkan rezekinya oleh Allah SWT sehingga namanya menjadi begitu terkenal walaupun pernah gagal dalam bidang perniagaan lain di tempat orang iaitu di Kuala Lumpur. Orang-orang Kuala Lumpur pula sebaliknya ramai yang berkunjung apabila datang ke Kelantan. Tidak hairanlah jika satu hari nanti beliau membuka pula cawangan-cawangan di tempat lain, mungkin di seluruh tanah air termasuk Kuala Lumpur.

Walaupun begitu, sesiapa sahaja yang belum mengenali Alemy ini sudah tentu akan terkejut besar jika bertemu dan bersemuka dengannya. Beliau sama sekali bukan sepadan dengan namanya. Dengan setiap hari menunggang motor dan bersinglet pagoda putih sahaja, sudah tentu orang tidak menyangka beliau ialah tuanpunya 'Alemy Maggi Ketam' yang tersohor itu. Apalagi jika pelanggan yang berkunjung jarang berpeluang berjumpa dengannya kerana beliau menggunakan sepenuh masanya berperanan sebagai ketua tukang masak di dapur dengan dibantu oleh isteri dan anak-anaknya, bukan sebagai 'towkey besar' dengan pakaian yang kemas dan cantik.

Bukan tidak ada ushawan-ushawan lain yang juga berjaya di Semerak. Namun, mereka yang ada ini kebanyakannya cepat mempamerkan kejayaan perniagaan mereka dengan berkereta besar dan berpakaian mahal. Kalau kontraktor contohnya, sudah tentulah awal-awal lagi memandu kereta mewah dan memakai jam'Rado' contohnya, walaupun projek hanyalah kelas F sahaja.

Sebagai anak Semerak saya merasa bangga dengan adanya seorang usahawan muda tempatan seperti Alemy ini. Beliau patut dicontohi kerana walaupun sudah dianggap berjaya tetapi masih mengekalkan sikap rendah diri dengan tidak mahu mempamerkan apa-apa pada dirinya yang boleh melambangkan kejayaan perniagaannya secara riak dan takabbur.

Itulah kisah kejayaannya yang bermula hanya dengan satu resipi percubaan semata-mata diatas permintaan kaki-kaki pancing malam. Alemy tidak boleh lupa kepada kaki-kaki pancing yang telah membantu memberikan ilham ini kepadanya kerana beliau tidak pernah menyangka dan menduga bahawa 'experiment' ini telah membawanya kepada satu dimensi baru dalam hidupnya.

Jenama ini menjadi miliknya.  

(nota: saya menulis tentang beliau secara sukarela tanpa sesiapa pun memintanya dan tanpa sebarang niat yang lain melainkan untuk tujuan supaya diambil contoh oleh lain-lain usahawan terutamanya dalam soal menunjuk-nunjuk)

Syabas Alemy dan Tahniah.

Oleh

Wan Ab Malek Bin Wan Noh

Semerak.


Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 comments