<b>Memancing Di</b> Sungai Tekala | Rahmawan Blog - <b>Memancing di</b> - Memancing di Kuala Lumpur


<b>Memancing Di</b> Sungai Tekala | Rahmawan Blog - <b>Memancing di</b>

Posted: 19 Nov 2015 08:53 AM PST

Program memancing kami pada kali ini ialah pada 27 dan 28 April 2013 di persekitaran pelantar minyak Resak, Kuala Terenganu dengan disertai 11 orang pemancing yang terdiri dari Ahmad Jais, Sulaiman Mohamad, Roslan Mat, Che Hashim Che Derahman,  Zakaria Hassan, Ihsan Ashraf, Azman Ahmad, Azriman Ridzuan, Isa Hussin, Helmi, dan Awie.

Ikuti catatan pengalaman beserta 5 buah klip video 
dan gambar-gambar untuk dikongsi bersama...   

   

Kereta yang dipandu AJ tiba pada 26/4/2013 (Jumaat)
 jam 9 malam diikuti dua buah kereta lagi
 yang dipandu oleh Azriman dan Awie yang tiba
 pada 27/4/2013 (Sabtu) jam 1.30 pagi. Kami menginap
di homestay yang disewa khas terletak
di Kg. Cabang Tiga, Kuala Terengganu. 

Sesiapa yang berminat untuk menyewa
bolehlah menelefon di nombor yang
 tertera di atas... 


Bergambar di ruang tamu homestay
 sebelum bertolak ke jeti Pulau Duyung...

Dari kiri depan: Awie, Zack, Helmi, Azriman dan Azman.
Belakang dari kiri: Che Hashim, Roslan Mat,
 Ihsan dan Isa...


Bergambar bersama Pengurus Homestay
En. Zaki (baju putih)...

Sebahagian dari pemancing sudah tiba
di jeti Pulau Duyung...


En. Ihsan Ashraf bersama peralatan memancingnya...


Gambar dirakam dari tingkat atas boat.
Jumlah kami semua adalah 11 orang termasuk
yang merakam gambar ini iaitu Man bajet...


Semasa boat sedang belayar menuju ke tengah lautan, 

kesempatan diambil untuk memasang peralatan memancing...



Penyediaan perambut dibuat oleh Pak Lah,
salah seorang crew boat yang juga
bertindak sebagai tukang masak...




Bagi penduduk tempatan, mereka lebih suka memancing 

di pergigian pantai di waktu petang. Jika bernasib baik,
rezeki mereka lebih lumayan daripada kami...


"Bukan rezeki kami bersama"

En. Isa sebenarnya telah berjaya menawan seekor 

bapak ikan haruan tasik, tetapi malangnya semasa

 hendak mendaratkannya, tali pancing beliau
telah terputus direntap oleh ikan tersebut... 

Sementara menanti ikan besar, kami di beri
rezeki permulaan iaitu beberapa ekor ikan
yang kecil-kecil dahulu. Ianya berjaya dipancing
 oleh Zack melalui tali pancing apollonya
dan memperolehi beberapa ekor
ikan sela kuning dan sardin...




Beberapa ekor ikan Sela Kuning
 untuk hidangan tengahari kami...


Zack bukan saja pandai memancing tapi pandai 

 dan rajin menolong kerja-kerja di dapur...
 

Ikan yang sudah siap dibersihkan.
Menu kami pada tengahari ini ialah
 ikan masak kari ...


Cuaca yang panas terik tidak menghalang kami
untuk meneruskan tugas-tugas memancing...


Setelah belayar hampir 9 jam (secara henti-henti untuk memancing)
bermula jam 9 pagi, kami akhirnya tiba di Pelantar Minyak Resak
kira-kira jam 6.28 petang untuk berlabuh dan akan
terus memancing di waktu malam hingga ke awal pagi... 

(kepada yang sanggup, teruskan, kalau tak sanggup, boleh tidur...) 


Pelantar minyak Resak, berdiri megah
menyambut ketibaan kami....


Kepada pemancing yang pertama kali tiba
di pelantar minyak, mereka akan terpegun melihat 
struktur dan rekabentuk binaannya yang cantik dan kukuh....




 

Bersama boat kami, terdapat 2 lagi buah boat 

yang memancing di persekitarannya...

Boat telahpun berlabuh, Helmi dan rakan-rakan 

sedang memasang umpan berupa sotong dan
 sardin untuk ikan yang sedang lapar...


Azriman sedang memasang umpan...


Pak Lah sedang menurunkan tali sauh
untuk menambat boat...


Zack sudah melontarkan mata pancingnya ke laut...


Awie sabar menanti umpannya diragut...


Sulaiman merupakan juara
XPDC Laut Dalam 2012...


Azman sedang mencuba nasib... 


Isa merupakan seorang penangkap ikan sepat 

dan haruan yang handal semasa kecil di bendang 

milik keluarganya di Jitra, Kedah...

Che Hashim berasal dari Tanah Merah, Kelantan 

tidak pernah pulang dengan tangan kosong....

Helmi berasal dari Johor dan merupakan ahli baru kami,
beliau telah berjaya di dalam ujian yang
dibuat keatasnya dan akhirnya beliau
di terima menjadi ahli tetap...

Sulaiman menjadi perintis dan permulaan yang baik
untuk kami terus menawan ikan-ikan bersaiz
lebih besar selepas ini. Beliau merupakan pemancing pertama
yang berjaya menaikkan seekor ikan kerapu...


Ikan Kerapu pertama berjaya dipancing oleh Sulaiman...


AJ tidaklah handal sangat, tapi untuk mendapat
 seekor dua ikan besar, tidaklah menjadi  masaalah
baginya, bak kata orang
 "kacang jer..."


Memancing ikan berlatar belakang
Pelantar Minyak sangat mengujakan...


AJ, Helmi dan Zack teruja melihat lampu pelantar minyak
yang telah dinyalakan menjelang senja dan ianya  menambahkan lagi
keindahan di persekitaran lokasi memancing. Kami rasa sangat selamat
memancing berhampirannya...


Roslan Mat yang berasal dari Bukit Mertajam 

berjaya menaikkan seekor ikan Cupak...


Ikan Cupak Roslan di anggarkan seberat 4 kilo...


Azman dapat seekor ikan Remong...


Lan dapat lagi ikan, kali ni anak ikan Merah...


Zack dah tak tahan panas hingga
sanggup mandi air laut...


Ihsan dapat Ibu Ikan Nyok-Nyok...


Azman pinjam ikan Ihsan untuk bergaya...

"Mana tau lepas ni giliran dia pulak"


Ikan Nyok-Nyok Ihsan juga di anggarkan seberat 4 kilo...



Helmi menaikkan seekor ikan kerapu bersaiz agak besar.
Beliau diingatkan supaya tidak berpolitik
 semasa memancing...


Ikan Kerapu Helmi di anggarkan seberat 3 kilo...


Che Hashim tak pinjam ikan Helmi tapi bergambar 

dengan ikan yang dipancingnya. Secara kebetulan 

ikan mereka hampir sama...


Fenomena yang menakjubkan
ketika terbitnya matahari....



Jurumudi boat juga bernama Awie sedang berwirid 

selepas menunaikan solat Subuh...


Pelantar Minyak ni sangat cantik
bercahayakan lampu yang terang benderang.


Rupa bentuknya seperti sebuah helikopter...



Isa terpesona dengan keindahan Pelantar Minyak
sehingga beliau terlupa nak lontar mata pancingnya ke laut...


Lan dapat seekor anak Ikan Merah....


Awie sedang memancing....

Keadaan air laut nampak sedikit bergelora.


Awie dah selesai sembahyang, 

sekarang ni dia tengah periksa tali sauh...

"Kan dah kata tadi, AJ kalau setakat sekor dua ikan

 tak dak masalah baginya..."


Dua ekor ikan serentak dinaikkan
oleh Helmi dan Ihsan...


Isa dapat seekor Ikan Merah Pucat....


Mula-mula isa dapat dua ekor ikan kerapu sekali naik...

Selang beberapa saat, Helmi pulak dapat lagi seekor,
jadi aku ambik gambar mereka berdua sekali.
Jumlah ikan dalam gambar adalah 3 ekor. 

"Tengok betul-betul...."


"Azriman dapat ikan Kerapu..."


"Lan pun dapat ikan Kerapu juga..."

"Harap-harap, kau orang berdua ni
jangan merapu sudah..."

Ni baru lah lain sikit...kata orang Ganu,
 ikan yang Zack dapat ni ialah

ikan Conor atau ikan Mudim...


"Selang beberapa minit Azriman dapat
Ikan Kerapu lagi...."

Nampak gayanya Lan Mat lah juara kali ni...

"Dia bawak naik seekor Ibu Kerisi..."



Letih dah aku nak menaip nama Ikan Kerapu...

Mana pi ikan merah, takkan tak dak kot?


Kerapu lagi, tapi kali ni besar la sikit....

Terror la kau Zack....


Kerapu...Kerapu...Kerapu...


Dalam dok sebut-sebut, naik jugak ikan Merah akhirnya...


"Hebat la kau Lan, dua sekali kau dapat...

satu ikan merah dan satu lagi ikan Kerapu Bara...."


Anggaran berat seekor adalah 3 kilo...


Ikan yang di pancing akan disimpan ke dalam tong besar 

berisi ais batu di dalam perut boat


Rezeki setakat ni, banyak lah jugak...
Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana
telah melimpahkan rezeki untuk kami


Che Hashim dapat ikan apa pulak ni?


Azman dengan ikan Kerapunya dianggarkan seberat 1 1/2 kilo....


Nampak gayanya umpan AJ macam telah mengena...


Betullah tu....AJ dapat dua ekor ikan sekaligus menggunakan
dua mata pancing  tapi malangnya sekor lagi dah terlucut
dari mata kailnya dan jatuh ke dalam boat, tak dapat la
dia nak eksyen bergambar dengan dua ekor ikan....
Seekor ikan merah dan seekor lagi ikan Kerapu...


Sulaiman dengan ikan Kerapunya yang ke 4....


Lan dengan ikan Kerisi yang baru dipancingnya. 

Jumlah semua ikan yang diperolehinya setakat ini
adalah dua belas ekor...


Isa dah lima ekor....


Kecik-kecik cili padi...


Penangan mata pancing Apollo...


Leman sudah kumpul ikan Kerapu
yang ke lima di anggarkan seberat 2 kilo...



Laut nampak tenang berbanding sebentar tadi...


Isa dah enam ekor...



Lan dapat dua ekor ikan kerapu sekaligus
dan setakat ini tiada yang dapat menandinginya... 


Azriman kalau campur ikan yang ditangkap 

melalui pancing Apollo, sudah dua puluh ekor.
Ikan-ikan kecil yang dipancingnya dijadikan
santapan tengahari

Awie sedang memeriksa alat GPS nya...


Tiap kali boat belayar untuk mengubah tempat, 

para pemancing dapatlah berehat...


Ihsan pula menggunakan ruang masa yang ada 

untuk membetulkan tali mata pancingnya...


Helmi sanggup berjemur di tengah panas untuk 

memastikan dia mendapat banyak ikan... 


Usahanya tidak sia-sia...


Ikan yang kecil tak sepadan dengan
perut yang buncit....


AJ nak sembahyang di tingkat atas,
tapi nanti dulu, bagi dia peluang untuk
bergambar dengan Sulaiman iaitu juara tahun lepas...


Zack dapat Bapak Kerapu di anggarkan seberat 5 kilo....


Azman dapat Ibu Kerapu juga di anggarkan seberat 5 kilo...


Bapak dengan mak dah kena tangkap, 

macamana ikan nak membiak....


Ihsan bergaya dengan mak bapak kerapu....


Bot besar ni lalu, membuatkan boat kami
dilambung ombak sampai air masuk ke dalam....

Nasib baik tak karam,kalau tidak, nasib kami akan jadi
seperti penumpang kapal Titanic yang telah
mengorbankan 1,500 nyawa...


Che Hashim menjeling boat rescue tersebut...



Azriman pakar memancing dengan mata kail Apollo...


Selama ni kami kat Kuala Lumpur makan ikan 

yang dah di awet dengan bahan pengawet..


Sekarang kami nak makan ikan segar pulak...


Jangan lupa Bismillah Awie!!!


Sessi makan tengahari....


Seekor ikan yang sedang digoreng di dalam kuali...


Ihsan makan dengan penuh selera...


Mana cukup Man makan dalam mangkok kecil...


Helmi makan banyak sebab dia juga dapat banyak ikan...


Lautan luas tidak bertepi.....



Syarikat dah hilang seorang Pengurus Perladangan sebab
Leman dah tukar professionnya jadi jurumudi boat pulak...


Setelah 2 hari 1 malam kami di laut, (27 - 28/4/2013),
sebentar lagi boat kami akan berlabuh di jeti dengan
 membawa pulang hasil tangkapan yang lumayan.


Saudara Roslan Mat diistiharkan juara
dalam XPDC kami kali ini...



Empat orang jejaka tampan yang serba boleh 

samada di laut dan juga di darat...


Senyum kepuasan...


Inilah hasil tangkapan kami...

Sebenarnya banyak lagi, tapi kami sengaja 

tinggalkan di laut sebab susah nak bawak balik..



Tugas-tugas membahagi rezeki samarata,

kami serahkan kepada Pak Lah....





************************************************************************

5 buah klip video di bawah ini telah diupload ke Youtube

dan dicopy semula ke dalam artikel ini untuk 

tontonan pembaca dan semoga semuanya terhibur....



Blogger - <b>Memancing di</b> Kual... - <b>Pancing Kuala Lumpur</b> - <b>Pancing</b> <b>...</b>

Posted: 04 May 2014 10:08 PM PDT

 

Ko Lipeh Sangat Indah

MEMANCING DI THAILAND – PERJALANAN DAN KEPERLUAN.
JADIKAN IA PERJALANAN YANG DIRESTUI.

BUKAN semua kita mempunyai kesempatan untuk mengikuti trip memancing di Lautan Andaman Thailand. Sehubungan dengan itu bagi mereka yang pernah membaca atau mendengar cerita pasti timbul pertanyaan bagaimana hendak kesana dan apa keperluan yang dikehendaki dan perlu disediakan. Saya akan cuba memberikan informasi berdasarkan pengalaman saya memancing di Thailand sejak tahun 1999.

Lokasi memancing yang biasa ditujui oleh pemancing dari Malaysia terletak diperairan Andaman sebelah Pantai Barat ( Sebelah Langkawi ). Beberapa lokasi boleh dijadikan pilihan seperti Ko Rok ( menghala ke Phuket ), Ko Adang, Nok Kiau, Ko Lipeh, Ko Samilan dan beberapa lokasi lagi. Tekong bot lebih arif lokasi mana nak dituju untuk memancing. Biasanya tekong akan melihat dan meneliti keadaan cuaca sebelum memutuskan lokasi yang hendak dituju untuk memancing. Bagaimana pun kita boleh menberikan cadangan dan berbincang dengan tekong bagi lokasi yang hendak dituju. Trip yang biasa diadakan adalah bagi 5 hari 4 malam, 4 hari 3 malam dan 3 hari 2 malam. Bilangan pemancing bagi satu bot adalah diantara 6 hingga 8 orang sahaja. Paling selesa termasuk penganjur ialah seramai 6 orang.

Perjalanan

Perjalanan akan bermula melalui Wang Klian, Perlis dan Wang Prachan, Thailand atau Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Danok, Thailand. Perjalanan melalui Wang Klian akan menjimatkan masa hampir 2 jam jika dibandingkan dengan perjalanan yang melalui Bukit Kayu Hitam. Urusan Imigresen, Kastam dan Polis Malaysia serta Imigresen dan Kastam Thailand perlu diuruskan di kedua-dua tempat ini. Bagi mereka yang merokok bolehlah membeli bekalan rokok bebas cukai di kompleks bebas cukai yang terdapat dikedua-dua tempat. Dari kedua-dua distinasi tersebut kita akan sampai ke Pekan Cina atau Chalung dan untuk ke Jeti Pak Bara kita perlu belok ke kanan dan meneruskan perjalanan hingga sampai ke Pekan Langu. Saudara-saudara bolehlah makan tengahari di Pekan Chalung atau boleh juga di Pak Bara. Di Pekan Langu kebiasaanya pemancing akan berhenti untuk membeli buah-buahan, umpan ikan ( tambahan ) dan apa-apa keperluan lain yang diperlukan. Perjalanan selepas itu diteruskan hingga ke Jeti Pak Bara yang terletak kira-kira 15 - 20 minit perjalanan dari Pekan Langu. Apabila tiba di Pak Bara bolehlah kita makan, minum dan mengerjakan solat di Masjid sebelum bergerak ke Jeti untuk menaiki bot.

Makanan Dan Minuman Di Laut

Keperluan makanan dan minuman sangat perlu diambil berat bagi setiap trip memancing. Sediakan bekalan yang lebih sedikit dari keperluan sebenar yang diperlukan. Siapa tahu qada dan qadar Allah Taala. Biasanya saya membeli makanan keperluan di Malaysia dan juga di Thailand. Makanan kering dan kudapan dibeli di Malaysia manakala di jeti Pak Bara pembelian lebih kepada barangan dapur serta air mandi (botol besar) dan air minuman. Penyediaan makanan dan minuman diatas bot akan disediakan oleh pembantu tekong. Saudara-saudara hanya perlu memancing, makan, minum dan mandi sahaja. Tak tidoq pun tak apa…… nama pun pemancing otai.

Keperluan Rasmi ( Dokumentasi )

Pemancing-pemancing yang alamat pada Kad Pengenalan adalah Negeri Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan boleh menggunakan Pas Sempadan dan bagi Negeri lain perlu menggunakan Paspot Antarabangsa atau Paspot Berkumpulan. Pas Sempadan boleh dibuat di Pejabat Imigresen negeri-negeri terbabit atau di sempadan. Harganya hanyalah RM 10.00. Pasport berkumpulan boleh dibuat dimana-mana Pejabat Imigresen dengan kadar bayaran RM 200.00 dan boleh memuatkan 20 nama. Sebaiknya semua pemancing menyediakan salinan photostat Pas Sempadan Pas Berkumpulan dan juga Passport untuk disimpan oleh Ketua Kumpulan. Adakalanya Tentera Laut dan juga Polis Marin Thailand membuat rondaan dan memeriksa dokumen tersebut. Berikan mereka salinan Photostat tersebut dan segalanya dapat dipermudahkan.

Bagi yang membawa kenderaan sendiri pastikan Kad Pendaftaran Kenderaan dibawa bersama. Sekiranya kenderaan yang dibawa adalah hakmilik orang lain maka surat kebenaran dari pemilik asal perlu disediakan dan disahkan oleh Polis atau JPJ atau Majistret. Insuran Thailand boleh dibeli di Pekan Changlon dengan harga antara RM 14.00 hingga RM 17.00 bagi 9 hari bergantung kepada jenis kenderaan. Pertukaran RM Malaysia ke Bhat Thailand juga boleh dilakukan di Pekan Changlon.

Borang pengistiharan barangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Malaysia perlu diisikan dan diserahkan untuk di sahkan oleh mereka. Satu salianan disimpan oleh kita. Apabila memasuki Thailand kenderaan yang dibawa mestilah diperolehi permit yang dikeluarkan oleh Kastam Thailand dengan bayaran TB 100.00 atau RM 10.00. Satu salinan permit kita simpan dan mesti diserahkan kembali sewaktu keluar dari Thailand. Pihak Imigresen Thailand mengenakan bayaran TB 10.00 atau RM 1.00 bagi satu Pas Perjalanan yang dicop atau direkodkan oleh mereka.

Peralatan Memancing

Saya rasa saudara-saudara hendak ke medan pertempuran maka bawalah segala apa senjata sesuai yang ada. Itulah nasihat saya kepada pemancing yang mengikuti saya memancing disana. Ingatlah, jangan sepahkan peralatan anda diatas bot sebaliknya kemaskan dan simpan peralatan yang tidak digunakan disatu sudut atau tempat yang tidak akan menggangu keselesaan pemancing lain. Peralatan joran dan kekili yang tidak perlu atau tidak akan digunakan tidak perlulah dikeluarkan atau dipasang. Pastikan keperluan sebenar sahaja. Kalau rasa nak tunjuk gah tapi tak guna baik tak payah bawa.

Acara Memancing

Malam pertama akan digunakan untuk mencari umpan sotong di Ko Tarutao dan apabila umpan sudah mencukupi maka bot akan bertolak terus ke lokasi memancing yang telah dikenal pasti. Teruskanlah memancing sehingga ke hari terakhir untuk balik. Teknik memancing yang boleh dipraktikan adalah Trolling, Bottom Fishing, Popping, Jigging, Casting, Apollo dan Drifting. Sekiranya anda ada cara lain lalukanlah tapi jangan sampai mengganggu kawan-kawan yang lain. Pada hari terakhir perjalanan balik dari laut ke jeti mengambil masa lebih kurang 7 - 8 jam dan bot akan mula bertolak balik jam 8.00 pagi sambil berhenti memancing dibeberapa lubuk yang terdapat dalam perjalanan hinggalah sampai di jeti antara jam 3.30 – 4.30 petang. Pemunggahan barang-barang dari bot dan kedalam kenderaan memerlukan masa antara 30 - 45 minit.. Pastikan ikan siap dipunggah dari tong sejuk bot dan disusun dalam tong ikan kita semasa diatas bot lagi iaitu 30 - 45 minit sebelum bot tiba di jeti. Ini dapat menjimatkan masa kita untuk balik dan mengelakan pembuangan masa di jeti

Kita bolehlah makan/minum dahulu dan seterusnya mandi manda diresorts dengan kadar bayaran RM 10.00 bilik (sesuai 4 orang sebilik) bagi menyegarkan badan. Selepas itu perjalanan keluar diteruskan dan dijangka tiba di Pusat pemeriksaan Kastam & Imigresen Wang Prachan dan Wang Klian jam 6.30 petang.

Sekiranya saudara-saudara terasa letih, sengal-sengal serta sakit-sakit badan setelah 5 atau 4 hari/malam dilautan maka saudara-saudara boleh bermalam selama satu malam di resorts yang terdapat di Pekan Pak Bara. Kadar harga resorts yang cantik antara TB 350 hingga TB 500 atau RM 35.00 hingga RM 50.00 dan boleh dikongsi 2 orang sebilik. Masakan makanan kedai makan ditepian Pantai di Pak Bara sangat sedap dan saudara-saudara bolehlah menjamu selera sepuasnya bersama kawan-kawan. Sebaiknya ikan yang dipancing boleh dibawa dan mintalah kedai makan memasaknya. Masakan sweet sour, steam atau tiga rasa atau pilihlah apa-apa jenis masakan yang disukai. Perjalanan balik bolehlah dimulakan keesokan harinya.

Keselamatan

Para pemancing dinasihatkan membawa jaket keselamatan sendiri kerana ada bot yang tidak menyediakanya. Kalau ada pun mungkin jaket keselamatan cap ayam sahaja. Ketua kumpulan akan memaklumkan masa-masa pemancing perlu memakai jaket keselamatan dan yang sebaiknya sentiasa dipakai. Arahan beliau wajib dipatuhi tanpa sebarang kompromi. Bot memancing Thailand dilengkapi dengan Walkie Talkie 24 jam, GPS, dan Sonar. Kebiasaanya Tentera Laut dan Polis Marin Thailand akan membuat rondaan keselamatan pada musim-musim memancing.

Akhir Kata

Mungkin perjalanan sebenar tidak dapat diceritakan 100% dengan tulisan. Cadangan saya kepada yang belum berpeluang cuba-cubalah mengintai peluang untuk memancing di sana. Apa yang saya coretkan diharap dapat di jadikan pendoman dan panduan. Sekiranya terdapat yang terkurang atau tersilap kemaafan juga yang saya pohon dari saudara-saudara. Terima kasih. ALIASGAR MOHAMAD HANIFF,

aleey61@yahoo.com
ALOR STAR IPOH ANGLER -TEAM ( ASIA-TEAM )

Sumber