Pancing Kuala Lumpur: fishmalaysia Tip-tip sukses memancing di ... - Memancing di Kuala Lumpur

Blog Admin | 7:33 PM | 0 comments

<b>Pancing Kuala Lumpur</b>: fishmalaysia Tip-tip sukses <b>memancing di</b> <b>...</b> - Memancing di Kuala Lumpur


<b>Pancing Kuala Lumpur</b>: fishmalaysia Tip-tip sukses <b>memancing di</b> <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2014 03:39 AM PST

Memancing di Malaysia adalah suatu aktiviti yang menarik. Lagi lagi di taman tasik Titiwangsa, kehebatanya tak terkata. Kalau anda pemancing tegar di ibukota anda pasti bersetuju tempat paling top untuk memancing di Kuala Lumpur (KL) adalah Tasik Titiwangsa. Terdapat pelbagai jenis ikan di dalam perairanya. Ikan seperti Peacock Bass (Pikok, Rajaa atau PB), Toman (rempit, curut dengan mama), ikan Jaguar Cichlid (saudara PB), patin, tongsan, rohu dan macam lagi. Stok ikan pun boleh dikatakan teramat tinggi tak terkata.

Tapi kenapa ia begitu? Ia kerana perairan tasik Titiwangsa kaya dengan ikan kerana kawalan ketat oleh DBKL. Ya saudara sekalian ini adalah kawasan larangan pancing. DBKL menjaga taman ini dengan ketat sekali dan sekiranya anda didapati memancing tanpa sebarang kebenaran segala alat pancing anda pasti akan dirampas.

Walau bagaimanapun hari ini agak berlainan sedikit. Ya, hari ini kita memancing di Titiwangsa tanpa was was. Malah kami berkasting dengan rajin sekali didepan pegawai DBKL yang bertugas menjaga taman tersebut. Saudara sekalian jangan tersilap sangka bahawa hari Malaysia DBKL memberi peluang memancing sesuka hati kerana ia bukanya begitu. Caranya adalah:

aaa

Saudara sekalian. Inilah lesen untuk memancing di Tasik Titiwangsa tanpa was was. Akan tetapi kami tidak menyertai pertandingan ini kerana berpegang kepada prinsip bahawa memancing di tasik awam haruslah percuma dan beretika. Apa yang telah kami buat adalah menyertai para kaki casting memancing di tasik yang lebih kecil yang terletak di belah Restoran Nelayan.

20130916_065422

Setelah memancing di perairan yang kurang dengan PB akibat kaki punggah kami beridam untuk mencuba Pro-Jectile di tempat yang lebih kaw ikan PB nya. Ikan PB di titiwangsa terkenal kerana bilanganya yang tinggi dan sifatnya yang agak agresif.

Pertandingan tersebut bermula pada jam 9 pagi tetapi kami tiba di tasik Titiwangsa pada pukul 7 pagi bersiap sedia untuk mencuba nasib dengan ikan ikan di sini. Target spesis utama di pagi ini adala ikan Raja titiwangsa. Kami bermula di bahagian benteng yang betul bertentangan dengan restoran Nelayan kerana melihat "frenzy" berlaku di sana.

20130916_065616

Setelah siap mengikat Pro-Jectile bersertakan dengan tali "leader" yang berukuran agak-agak 12 kaki kami pun memulakan operasi kami. Kami membuat lontaran pertama dan setelah jatuh kedalam air membiarkan Pro-Jectile tenggellam pada kiraan 5 dan mula mengayuh kekili dengan perlahan. Apa yang kami dapati adalah terdapat banyak "strike" tetapi tiada ikan yang tersangkut dengan fly kami.

Kami mencuba berkali kali begitu tetapi tiada respon yang bagus cuma kejaran dan strike sahaja. Suatu perkara yang aneh kerana kami dapati ada PB yang menelan fly yang kami persembahkan tetapi membuangya balik. ini amat merungsingkan kami.

Melihat bahawa banyak orang sedan melakukan senaman disini kami menukar tempat ke bahagian yang mempunyai lebih ruang dari ruang pejalan kaki. 20130916_074435

Di sini kami dapati banyak kaki casting telah sampai dan memulakan aktiviti casting mereka. Kami pun memilh sasaran untuk mendaratkan fly betul betul di depan samai. Akan tetapi kami terlebih kuasa dan mendaratkan fly diatas sami yang berdekatan dengan pancur air.

Untuk mengelakkan dari menarik samai kami mengayuh kekili kami dengan laju sekali untuk membaling semula. Sedang kami mengayuh begitu ZUPP! dengan serta merta PB pertama kita tersangkut. Rupa-rupanya ikan di sini memerlukan aksi yang sangat agresif.

20130916_073416

Kami mencuba lagi buat kali kedua dan mengayuh dengan liar sekali. ZUPP! Kena lagi.

20130916_074615

Rupa-rupanya ikan sangat agresif hari ini. Kayuhan perlu sangat laju dan aksi umpan perlu menarik untuk mendapatkan ikan di sini hari ini. Inilah taktik untuk diguna pakai untuk hari ini. Taktik ini terbukti mendapatkan hasil pada pagi ini. Umpan agresif untuk ikan agresif.

20130916_074814 20130916_075118

Apa yang perlu diambil perhatian adalah semakin matahari bersinar ikan PB di sini akan mula turun lagi ke dalam samai. Ini tidak bermasksud dia tidak akan strike tetapi harus menukar taktik kepada kayuhan yang kurang laju dan aksi medium untuk menarik ikan ini. Apa yang kami dapati juga adalah dalam jam menghampiri pukul sembilan aktiviti PB juga akan berkurangan.

Sekiranya saudara sekalian ingin memancing tanpa was was di tasik Titiwangsa, saudara bolehlah mencuba pada waktu bila pihak DBKL menganjurkan pertandingan sebegini.

Dalam dua jam kita berada disana kami juga sempat melihat "boiling" anak toman dan pelbagai jenis ikan lagi. Kami mengucapkan terima kasih kepada bro Shatha yang menjemput kami untuk mencuba nasib di tasik Titiwangsa. Tip yang diberi beliau amat terbaik dan beliau juga merupakan satu pemancing yang tegar.

Kepuasan untuk &#39;kaki <b>pancing</b>&#39; | DARUL EHSAN

Posted: 08 Jan 2014 03:04 AM PST

Koalm air tawar

Koalm air tawar

Hari ini 'sukan' memancing merupakan satu aktiviti yang semakin ramai peminatnya.  Dari yang dewasa kepada kanak-kanak keghairahan memancing sudah menjadi satu lumrah kehidupan.  Ini dapat dilihat di kolam-kolam memancing yang banyak terdapat bertaburan di negeri Selangor,  khususnya dalam daerah Kuala Selangor.  Dan pada tiap waktu kolam-kolam ini beroperasi,  ramailah yang memancing.

Pengurus atau tuan-tuan punya kolam-kolam ini pula dari satu kesatu masa,  mengadakan pertandingan-pertandingan memancing.  Hadiah-hadiah yang disediakan amat menarik … dan hasilnya ramailah yang menjadikan memancing sebagai satu aktiviti penting di masa lapang atau di hujung minggu atau pun di masa cuti.

Sebenarnya aktiviti ini amat diidamkan,  terutama kepada mereka yang sentiasa menghadapi tekanan atau 'stress'

Kaki pancing

Kaki pancing

dalam kerjaya mereka.  Aktiviti ini dengan sendirinya melegakan rasa tertekan atau 'stress'.  Maka inilah dipercayai sebab utama ramai yang pergi memancing.   Aktiviti ini juga boleh dianggap sebagai satu ruang untuk berkomunikasi antara 'kaki pancing'.   Ramai yang bertemu dan berjumpa dengan rakan-rakan 'seperjuangan' di kolam-kolam panting ini.  Selain dari itu aktiviti ini juga akan membawa hasil berupa ikan yang dipancing.  Apa pun,  pilihan memancing adalah satu pilihan yang tepat.

Kolam semula jadi

Kolam semula jadi

Cuba kita perhatikan, kolam-kolam memancing ini semuanya mengenakan bayaran untuk menggunakan kemudahan di dalamnya,  atau lebih tepat perlu dibayar untuk memancing sama ada mengikut berapa joran yang digunakan,  atau berapa jam aktiviti ini dilakukan.    Yang bukan 'kaki pancing' akan mengatakan bayaran yang dikenakan agak tinggi,  tetapi dirasakan amat munasabah jika dilihat pada ikan yang didaratkan dan dibawa pulang.  Boleh dikatakan ia merupakan satu 'win-win situation'.

Secara purata,  terdapat tiga jenis kolam memancing.  Satu yang masuk berbayar dan pancinglah berapa banyak ikan yang boleh.  Satu lagi yang masuk berbayar,  dan ikan yang didaratkan akan dilepaskan kembali ke dalam kolam.  Kolam jenis ini rasanya adalah untuk mereka yang menjadikan memancing sebagai satu sukan atau riadah. Yang satu

Sabar menunggu

Sabar menunggu

lagi kolam memancing air masin atau air laut,  dan di kolam ini ikan-ikan untuk dipancing adalah ikan-ikan laut sahaja.  Kolam jenis ini mengenakan bayaran yang agak tinggi juga,  kerana ikan-ikan yang boleh dipancing adalah terdiri dari ikan-ikan seperti jenahak,  kerapu,  siakap,  bawal emas dan sebagainya.  Ikan-ikan jenis ini tinggi harganya di pasar.

Kolam air masin

Kolam air masin

Selain dari kolam-kolam pancing ini,  terdapat juga kawasan-kawasan pantai yang menyediakan kemudahan untuk memancing,  iaitu seperti pelantar di dirikan dan lain-lain lagi.  Walau pun masa yang diambil untuk mendaratkan seekor ikan itu agak lama,  tetapi kesabaran menanti joran digoncangkan oleh ikan amat berbaloi dengan waktu menunggu.

Dalam aktiviti memancing ini,  kesabaran memain peranan penting.  Ada kalanya,  setelah berjam-jam menunggu,  seekor ikan pun tidak dinaikkan.

Pendek kata,  kepada 'kaki pancing' di negeri Selangor ini,  aktiviti memancing ini sudah menjadi kebiasaan dan amat digemari oleh mereka.

Dalam post akan datang,  kita akan lihat secara mendalam aktiviti atau sukan memancing ini.

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 comments