Pancing Kuala Lumpur: AbeLek RM: Alemy Maggi Ketam Semerak ... - Memancing di Kuala Lumpur

Blog Admin | 7:42 PM | 0 comments

<b>Pancing Kuala Lumpur</b>: AbeLek RM: Alemy Maggi Ketam Semerak <b>...</b> - Memancing di Kuala Lumpur


<b>Pancing Kuala Lumpur</b>: AbeLek RM: Alemy Maggi Ketam Semerak <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2014 03:46 AM PST

'Alemy Maggi Ketam' Semerak

  

Anak watan Semerak yang pernah gagal dalam dunia perniagaan di Kuala Lumpur sebelum ini. Apabila pulang semula ke kampung duduk termenung memikirkan apalah sangat yang boleh dibuat berbekalkan latar belakang akademik yang ada lalu membuka sebuah kedai kecil di hujung kampung berdekatan rumahnya dan sungai. Pada siang hari tidak ramai pelanggan yang berkunjung kecuali malam. Mereka yang datang ini terdiri daripada kaki-kaki pancing yang datangnya dari serata tempat dalam negeri Kelantan kerana di situlah terletaknya sebuah struktur pintu penahan dan pelepasan air sungai yang dipanggil 'get' oleh orang-orang kampung di mana terdapat banyak ikan-ikan seperti siakap putih dan lain-lain yang menarik minat pemancing-pemancing untuk berkunjung ke situ pada malam hari.

Di situlah bermulanya episod penjenamaan 'Alemy Maggi Ketam' secara tidak langsung. Alemy ada seorang ayah yang bekerja kampung yang selalu turun ke sungai menahan 'bito' ketam iaitu sejenis perangkap ketam yang diturunkan ke dasar sungai. Ketam yang diperolehi itu dibawanya ke warong Alemy selain dijual kepada orang-orang kampung. Kisah resipi ini bermula apabila ada pelanggan yang meminta supaya dibuatnya maggi rebus dengan ketam sebagai tambahan ke dalam menu.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Rasa sedap maggi bercampur ketam ini disukai pemancing-pemancing yang datang memancing di 'get' itu. Berita disebarkan dari mulut ke mulut bahawa terdapat satu warong kecil di 'get Kampung Lembah', Semerak yang menyediakan menu maggi ketam yang menyelerakan. Jadi pemancing pun tidaklah perlu risaukan perut yang lapar kerana warong ini dibuka sehingga pagi. Ada pula yang berpendapat bahawa ketam bagus untuk mengurangkan risiko jangkitan demam denggi walaupun ianya tiada pengesahan secara saintifik oleh mana-mana pakar perubatan.

Alemy melihat bahawa peluang keemasan untuk mengembangkan perniagaannya tidak harus disia-siakan. Oleh kerana kedudukan warongnya agak jauh masuk ke dalam kampung, beliau membuat keputusan untuk keluar ke pekan Cherang Ruku dengan menyewa sebuah daripada kedai-kedai Majlis Daerah Pasir Puteh atau MDPP berhampiran tapak pasar malam.

Di sinilah nama 'Alemy Maggi Ketam' mula mendapat penjenamaannya yang sebenar diperingkat nasional. Tokoh-tokoh ternama mulai datang untuk merasai hidangan istimewa ini. Ada yang berpangkat dan bergelar, ada tokoh-tokoh politik, ada ahli-ahli perniagaan dan tokoh-tokoh korporat, ada pegawai-pegawai tinggi kerajaan, ada selebriti-selebriti terkenal dan berbagai-bagai lapisan masyarakat yang datang dari seluruh negara. Dengan bantuan daripada kawan-kawan, gambar mereka yang pernah berkunjung ini diambil dan dipaparkan di dinding bahagian dalam kedainya.

Pada mulanya Alemy hanya menyewa sebuah sahaja daripada deretan bangunan kedai-kedai MDPP ini. Oleh kerana sambutan begitu memberangsangkan, sekarang premis perniagaannya sudah dibesarkan kepada empat pintu secara bersambung. Pernah beliau sendiri memaklumkan kepada saya bahawa purata jualan atau 'sale' setiap malam ialah diantara RM3,000 ke RM5,000. Pernah juga katanya sewaktu musim pilihanraya kecil DUN Kuala Besut baru-baru ini, jualan yang diperolehinya mencecah RM50,000 untuk tempuh 10 malam walaupun pada masa itu ialah bulan Ramadan. Itu juga telah menyebabkan isu cuba dibangkitkan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh bahawa pemimpin-pemimpin dan orang-orang UMNO dari luarlah yang berkunjung ke kedai Alemy sedangkan Alemy sendiri orang PAS.

Beliau berkata jika sesiapa yang ingin datang adalah digalakkan supaya membuat tempahan melalui telefon atau secara on-line terlebih dahulu. Untuk tujuan itu, anak-anaknya telah membantunya menyediakan sebuah website dalam internet iaitu www.alemymeggiketam.blogspot.com. Orang ramai bolehlah melayari laman webnya itu untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat tempahan. Pelanggan-pelanggan tidak perlu bimbang tentang stok ketam hidup kerana beliau mengimportnya jika bekalan tempatan tidak mencukupi.

Itu sekadar perspektif latar belakang seorang usahawan tempatan yang namanya sedang meniti di bibir semua orang. Seorang anak kampung biasa yang dimurahkan rezekinya oleh Allah SWT sehingga namanya menjadi begitu terkenal walaupun pernah gagal dalam bidang perniagaan lain di tempat orang iaitu di Kuala Lumpur. Orang-orang Kuala Lumpur pula sebaliknya ramai yang berkunjung apabila datang ke Kelantan. Tidak hairanlah jika satu hari nanti beliau membuka pula cawangan-cawangan di tempat lain, mungkin di seluruh tanah air termasuk Kuala Lumpur.

Walaupun begitu, sesiapa sahaja yang belum mengenali Alemy ini sudah tentu akan terkejut besar jika bertemu dan bersemuka dengannya. Beliau sama sekali bukan sepadan dengan namanya. Dengan setiap hari menunggang motor dan bersinglet pagoda putih sahaja, sudah tentu orang tidak menyangka beliau ialah tuanpunya 'Alemy Maggi Ketam' yang tersohor itu. Apalagi jika pelanggan yang berkunjung jarang berpeluang berjumpa dengannya kerana beliau menggunakan sepenuh masanya berperanan sebagai ketua tukang masak di dapur dengan dibantu oleh isteri dan anak-anaknya, bukan sebagai 'towkey besar' dengan pakaian yang kemas dan cantik.

Bukan tidak ada ushawan-ushawan lain yang juga berjaya di Semerak. Namun, mereka yang ada ini kebanyakannya cepat mempamerkan kejayaan perniagaan mereka dengan berkereta besar dan berpakaian mahal. Kalau kontraktor contohnya, sudah tentulah awal-awal lagi memandu kereta mewah dan memakai jam'Rado' contohnya, walaupun projek hanyalah kelas F sahaja.

Sebagai anak Semerak saya merasa bangga dengan adanya seorang usahawan muda tempatan seperti Alemy ini. Beliau patut dicontohi kerana walaupun sudah dianggap berjaya tetapi masih mengekalkan sikap rendah diri dengan tidak mahu mempamerkan apa-apa pada dirinya yang boleh melambangkan kejayaan perniagaannya secara riak dan takabbur.

Itulah kisah kejayaannya yang bermula hanya dengan satu resipi percubaan semata-mata diatas permintaan kaki-kaki pancing malam. Alemy tidak boleh lupa kepada kaki-kaki pancing yang telah membantu memberikan ilham ini kepadanya kerana beliau tidak pernah menyangka dan menduga bahawa 'experiment' ini telah membawanya kepada satu dimensi baru dalam hidupnya.

Jenama ini menjadi miliknya.  

(nota: saya menulis tentang beliau secara sukarela tanpa sesiapa pun memintanya dan tanpa sebarang niat yang lain melainkan untuk tujuan supaya diambil contoh oleh lain-lain usahawan terutamanya dalam soal menunjuk-nunjuk)

Syabas Alemy dan Tahniah.

Oleh

Wan Ab Malek Bin Wan Noh

Semerak.


BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala</b> rompin - Google Blog Search

Posted: 30 Jan 2014 07:47 PM PST

Ketika ini daerah Kuala Rompin adalah terkenal dengan aktiviti memancing di sungai dan laut samada di dalam mahupun di luar negara. Kedudukan daerah yang berhampiran dengan alam semulajadi – laut, hutan dan sungai, menjadikan Kuala Rompin terkenal dengan aktiviti lasak seperti 4WD, meneroka taman negeri Endau – Rompin serta Pulau Tioman. Udang galah juga merupakan tarikan utama di Kuala Rompin ….

Bersantai di Bandar Udang Galah

Kuala Rompin semakin pesat dengan pelbagai aktiviti laut dan darat serta keindahan persekitaran yang menyegarkan pasti memikat pelancong.

Melihat matahari terbit dari laut selepas Subuh di Kuala Rompin Pahang, memang menyegarkan mata sekali gus melapangkan fikiran. Terletak di Daerah Rompin, Kuala Rompin semakin menjadi sebutan sebagai destinasi pelancongan mahupun kaki pancing yang mengenali Kuala Rompin sebagai "Bandar Udang Galah". Jolokan nama bandar itu yang dikaitkan dengan udang galah bukanlah satu omongan kosong atau legenda. Datanglah ke Kuala Rompin dan berkunjung ke Kampung Leban Chondong, kira-kira 16 kilometer dari bandar itu, anda boleh menikmati masakan udang galah dalam pelbagai rasa. Tumpuan pelancong antarabangsa kini bukan saja untuk menikmati udang galah di bandar itu, sebaliknya mencuba gelanggang Laut China Selatan yang menempatkan ikan layaran serta marlin untuk dipancing. Hobi memancing ikan layaran dan marlin menjadikan Kuala Rompin pusat sukan memancing baru yang menarik, malah dikatakan ikan layaran besar pernah ditemui di perairannya.

Satu daripada lokasi jajaran ikan layaran terbesar di Asia, selain Amerika Syarikat dan Australia. Royal Pahang Billfish International Challenge telah meletakkan Kuala Rompin sebagai pusat sukan memancing dunia dan mencuri tumpuan pemancing antarabangsa. Laut China Selatan yang terbentang dan mempunyai beberapa lubuk ikan seperti Karang Do, Karang Cha, Karang Bubu, Batu Kerapu, Tukun Tayar, Batu Tok Keramat menjadi tumpuan kaki pancing kategori laut. Mereka bukan sekadar memancing sebaliknya kaki pancing mencari kemahiran atau keseronokan berada di tengah lautan yang membiru.

Keadaan ini menjana pendapatan penduduk tempatan untuk menjadi pengusaha bot pelancongan serta membawa pelancong bergembira dan menikmati keindahan di tengah Laut China Selatan itu sambil memancing. Banyak pemancing tidak mendaratkan hasil tangkapan seperti ikan layaran dan marlin, sebaliknya mereka cuma mencari kepuasan dan teknik memancing yang betul. Ikan dilepaskan kembali ke laut setelah diambil gambarnya. Jajaran pantai yang indah, bersih dan tidak tercemar menjadi bukti apabila berkunjung ke Pantai Hiburan Rompin. Sebagai pantai destinasi pelancongan keluarga dan tempat riadah, Pantai Hiburan Rompin menyajikan pelbagai pertunjukan hiburan khususnya pada hujung bulan ataupun sambutan sesuatu perayaan seperti Hari Merdeka, Hari Belia, Hari Pekerja dengan pertunjukan kesenian. MANDI manda di Pantai Hiburan Rompin wajar juga sesekali, bagi menghilangkan penat dan letih setelah bertungkus lumus bekerja. Stres juga mampu dihilangkan apabila dapat bersama keluarga bersantai dan berkelah serta makan-makan di bawah pohon ru.

Deretan pohon ru itu juga dikatakan menjadi punca nama "Rompin" yang dikenali pada hari ini. Ia sentiasa sesak dikunjungi pelancong.Rompin Fest, yang dahulunya dikenali Pesta Rompin dinanti-nantikan penduduk tempatan. Rompin Fest diiktiraf kerajaan negeri dan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia, yang memasukkan aktiviti Rompin Fest ke dalam kalendar pelancongan Pahang serta negara sebagai satu daripada produk pelancongan dan tempat yang wajar dikunjungi bagi melihat perkembangan bandar dan daerah itu.Pelbagai aktiviti seperti sukan rakyat, permainan tradisional, pertunjukan kebudayaan, kesenian, pameran, hasil kraftangan, makanan tradisional, jualan ditunjukkan untuk tontonan orang ramai. Dengan pelbagai tema, Rompin Fest masih mengekalkan konsep hiburan dan rekreasi keluarga.

Pulau Ducong antara tumpuan kaki pancing kerana di pulau itu dikatakan terdapatnya spesies kerapu baka baik dan besar. Ikan jenis ini pula suka bersembunyi di kawasan berbatu. Tali pancing yang sesuai dengan kerapu perlu disediakan secukupnya.Walaupun anda bukan seorang pencipta alam, tetapi berkehendakkan sedikit ketenangan dan kedamaian di tengah rimba, pilihan yang tepat adalah mengunjungi Taman Negeri Endau-Rompin.Kegiatan berbasikal menjadi pilihan utama kerana kawasan berbukit dan mudah memasuki kawasan sukar sambil berjalan kaki. Namun basikal yang digunakan adalah basikal istimewa dan khusus bagi tujuan itu.

Jika anda dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil laluan Kuala Lumpur-Bahau-Muadzam Shah-Rompin-Taman Negara. Dengan perjalanan kira-kira empat hingga empat jam setengah, tindakan anda mengunjungi Taman Negeri Endau-Rompin berbaloi. Dari Kuantan ke Rompin pun, kira-kira dua jam perjalanan.Kejernihan air dan jeram berbatu

JIKA anda dari Johor Bharu, anda hanya perlu ke Mersing-Tanjung Gemok, kemudiannya ke bandar Kuala Rompin sebelum meneruskan perjalanan ke Felda Selendang Satu dan beberapa minit kemudiannya anda sudah memasuki Taman Negeri Endau-Rompin.BOT sedia menunggukaki pancingdi Kuala Rompin.Taman Negeri Endau-Rompin berpusat di Kem Geruggul dan di situ juga letaknya pertemuan Sungai Endau dan Sungai Sekinchin yang tenang, damai dan sejuk mata memandang. Kejernihan airnya dengan sedikit jeram berbatu untuk mandi dan berendam lama di airnya yang ternyata sejuk.

Rumah rakit yang terdapat di sepanjang Sungai Rompin juga menjadi tumpuan, dengan pelbagai tujuan termasuklah menikamti suasana malam di rumah rakit, memancing ataupun meninjau kehidupan Sungai Rompin secara semula jadi.Rumah rakit milik Orang Asli menampakkan ciri-ciri tradisional dengan penggunaan daun nipah sebagai atap dan dindingnya, termasuklah alat tangkapan ikan dan udang tradisional seperti bubu dan geluguh digunakan secara meluas oleh masyarakat Orang Asli di sepanjang Sungai Rompin itu.

Kuala Rompin turut menjadi pilihan kepada mereka yang menggemari aktiviti lasak. Malah banyak aktiviti sukan peringkat negeri dan kebangsaan dijayakan dengan baiknya di sini. Penganjuran sukan lasak seperti pacuan empat roda 4×4, Canoe Fest, sukan angkat berat, motosikal lasak, berbasikal dan woodball sering berlangsung sama ada di Kuala Rompin, Muadzam Shah, Lanjut Golden Beach Resort, Summerset At Rompin, Pulau Tioman, Sungai Rompin mahupun Taman Negeri Endau Rompin.

Komen Blogger:

Plan nak pegi cuti-cuti Malaysia ni takde pun sebenarnya. Semua terjadi secara ad-hoc je. Ye lah, asyik naik moto je ke sini ke sana. Sekali sekala kena ler bawak famili jalan-jalan jugak. So selepas perbincangan tentang beberapa destinasi, akhirnya kita orang

bersetuju untuk pegi ke Kuala Rompin makan udang galah. then kalau sempat lajak ke Pulau Tioman.

Lebih kurang jam 8 pagi kita orang move ke Kuala Rompin via hiway LEKAS. Sampai ke simpang pekan Seri Menanti, entah camne hati aku tergerak nak koner situ. Mungkin papantanda Istana Seri Menanti tu yg menarik perhatian aku kut. Aku fikir, since dah lalu situ, apa salahnya singgah melawat Istana Seri Menanti tu. Bukan selalu pun.

Sampai pekan Seri Menanti tengok sunyi je. Pekannya pun tak ler besar sangat. Tapi aman, tenteram, tak busy pun. Kereta pun tak banyak. Tak tau ler kalau-kalau sebab cuti sekolah yg buat pekan ni sunyi..

Attractions

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 comments