Tempat Memancing di Kuala Lumpur - Memancing di Kuala ... - Memancing di Kuala Lumpur

Blog Admin | 6:11 PM | 0 comments

Tempat <b><b>Memancing di Kuala Lumpur</b></b> - Memancing di Kuala <b>...</b> - Memancing di Kuala Lumpur


Tempat <b><b>Memancing di Kuala Lumpur</b></b> - Memancing di Kuala <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2014 04:44 AM PDT

'Alemy Maggi Ketam' Semerak

  

Anak watan Semerak yang pernah gagal dalam dunia perniagaan di Kuala Lumpur sebelum ini. Apabila pulang semula ke kampung duduk termenung memikirkan apalah sangat yang boleh dibuat berbekalkan latar belakang akademik yang ada lalu membuka sebuah kedai kecil di hujung kampung berdekatan rumahnya dan sungai. Pada siang hari tidak ramai pelanggan yang berkunjung kecuali malam. Mereka yang datang ini terdiri daripada kaki-kaki pancing yang datangnya dari serata tempat dalam negeri Kelantan kerana di situlah terletaknya sebuah struktur pintu penahan dan pelepasan air sungai yang dipanggil 'get' oleh orang-orang kampung di mana terdapat banyak ikan-ikan seperti siakap putih dan lain-lain yang menarik minat pemancing-pemancing untuk berkunjung ke situ pada malam hari.

Di situlah bermulanya episod penjenamaan 'Alemy Maggi Ketam' secara tidak langsung. Alemy ada seorang ayah yang bekerja kampung yang selalu turun ke sungai menahan 'bito' ketam iaitu sejenis perangkap ketam yang diturunkan ke dasar sungai. Ketam yang diperolehi itu dibawanya ke warong Alemy selain dijual kepada orang-orang kampung. Kisah resipi ini bermula apabila ada pelanggan yang meminta supaya dibuatnya maggi rebus dengan ketam sebagai tambahan ke dalam menu.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Rasa sedap maggi bercampur ketam ini disukai pemancing-pemancing yang datang memancing di 'get' itu. Berita disebarkan dari mulut ke mulut bahawa terdapat satu warong kecil di 'get Kampung Lembah', Semerak yang menyediakan menu maggi ketam yang menyelerakan. Jadi pemancing pun tidaklah perlu risaukan perut yang lapar kerana warong ini dibuka sehingga pagi. Ada pula yang berpendapat bahawa ketam bagus untuk mengurangkan risiko jangkitan demam denggi walaupun ianya tiada pengesahan secara saintifik oleh mana-mana pakar perubatan.

Alemy melihat bahawa peluang keemasan untuk mengembangkan perniagaannya tidak harus disia-siakan. Oleh kerana kedudukan warongnya agak jauh masuk ke dalam kampung, beliau membuat keputusan untuk keluar ke pekan Cherang Ruku dengan menyewa sebuah daripada kedai-kedai Majlis Daerah Pasir Puteh atau MDPP berhampiran tapak pasar malam.

Di sinilah nama 'Alemy Maggi Ketam' mula mendapat penjenamaannya yang sebenar diperingkat nasional. Tokoh-tokoh ternama mulai datang untuk merasai hidangan istimewa ini. Ada yang berpangkat dan bergelar, ada tokoh-tokoh politik, ada ahli-ahli perniagaan dan tokoh-tokoh korporat, ada pegawai-pegawai tinggi kerajaan, ada selebriti-selebriti terkenal dan berbagai-bagai lapisan masyarakat yang datang dari seluruh negara. Dengan bantuan daripada kawan-kawan, gambar mereka yang pernah berkunjung ini diambil dan dipaparkan di dinding bahagian dalam kedainya.

Pada mulanya Alemy hanya menyewa sebuah sahaja daripada deretan bangunan kedai-kedai MDPP ini. Oleh kerana sambutan begitu memberangsangkan, sekarang premis perniagaannya sudah dibesarkan kepada empat pintu secara bersambung. Pernah beliau sendiri memaklumkan kepada saya bahawa purata jualan atau 'sale' setiap malam ialah diantara RM3,000 ke RM5,000. Pernah juga katanya sewaktu musim pilihanraya kecil DUN Kuala Besut baru-baru ini, jualan yang diperolehinya mencecah RM50,000 untuk tempuh 10 malam walaupun pada masa itu ialah bulan Ramadan. Itu juga telah menyebabkan isu cuba dibangkitkan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh bahawa pemimpin-pemimpin dan orang-orang UMNO dari luarlah yang berkunjung ke kedai Alemy sedangkan Alemy sendiri orang PAS.

Beliau berkata jika sesiapa yang ingin datang adalah digalakkan supaya membuat tempahan melalui telefon atau secara on-line terlebih dahulu. Untuk tujuan itu, anak-anaknya telah membantunya menyediakan sebuah website dalam internet iaitu www.alemymeggiketam.blogspot.com. Orang ramai bolehlah melayari laman webnya itu untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat tempahan. Pelanggan-pelanggan tidak perlu bimbang tentang stok ketam hidup kerana beliau mengimportnya jika bekalan tempatan tidak mencukupi.

Itu sekadar perspektif latar belakang seorang usahawan tempatan yang namanya sedang meniti di bibir semua orang. Seorang anak kampung biasa yang dimurahkan rezekinya oleh Allah SWT sehingga namanya menjadi begitu terkenal walaupun pernah gagal dalam bidang perniagaan lain di tempat orang iaitu di Kuala Lumpur. Orang-orang Kuala Lumpur pula sebaliknya ramai yang berkunjung apabila datang ke Kelantan. Tidak hairanlah jika satu hari nanti beliau membuka pula cawangan-cawangan di tempat lain, mungkin di seluruh tanah air termasuk Kuala Lumpur.

Walaupun begitu, sesiapa sahaja yang belum mengenali Alemy ini sudah tentu akan terkejut besar jika bertemu dan bersemuka dengannya. Beliau sama sekali bukan sepadan dengan namanya. Dengan setiap hari menunggang motor dan bersinglet pagoda putih sahaja, sudah tentu orang tidak menyangka beliau ialah tuanpunya 'Alemy Maggi Ketam' yang tersohor itu. Apalagi jika pelanggan yang berkunjung jarang berpeluang berjumpa dengannya kerana beliau menggunakan sepenuh masanya berperanan sebagai ketua tukang masak di dapur dengan dibantu oleh isteri dan anak-anaknya, bukan sebagai 'towkey besar' dengan pakaian yang kemas dan cantik.

Bukan tidak ada ushawan-ushawan lain yang juga berjaya di Semerak. Namun, mereka yang ada ini kebanyakannya cepat mempamerkan kejayaan perniagaan mereka dengan berkereta besar dan berpakaian mahal. Kalau kontraktor contohnya, sudah tentulah awal-awal lagi memandu kereta mewah dan memakai jam'Rado' contohnya, walaupun projek hanyalah kelas F sahaja.

Sebagai anak Semerak saya merasa bangga dengan adanya seorang usahawan muda tempatan seperti Alemy ini. Beliau patut dicontohi kerana walaupun sudah dianggap berjaya tetapi masih mengekalkan sikap rendah diri dengan tidak mahu mempamerkan apa-apa pada dirinya yang boleh melambangkan kejayaan perniagaannya secara riak dan takabbur.

Itulah kisah kejayaannya yang bermula hanya dengan satu resipi percubaan semata-mata diatas permintaan kaki-kaki pancing malam. Alemy tidak boleh lupa kepada kaki-kaki pancing yang telah membantu memberikan ilham ini kepadanya kerana beliau tidak pernah menyangka dan menduga bahawa 'experiment' ini telah membawanya kepada satu dimensi baru dalam hidupnya.

Jenama ini menjadi miliknya.  

(nota: saya menulis tentang beliau secara sukarela tanpa sesiapa pun memintanya dan tanpa sebarang niat yang lain melainkan untuk tujuan supaya diambil contoh oleh lain-lain usahawan terutamanya dalam soal menunjuk-nunjuk)

Syabas Alemy dan Tahniah.

Oleh

Wan Ab Malek Bin Wan Noh

Semerak.


fishmalaysia » Tip-tip sukses <b>memancing di</b> Titiwangsa

Posted: 16 Sep 2013 09:04 AM PDT

Memancing di Malaysia adalah suatu aktiviti yang menarik. Lagi lagi di taman tasik Titiwangsa, kehebatanya tak terkata. Kalau anda pemancing tegar di ibukota anda pasti bersetuju tempat paling top untuk memancing di Kuala Lumpur (KL) adalah Tasik Titiwangsa. Terdapat pelbagai jenis ikan di dalam perairanya. Ikan seperti Peacock Bass (Pikok, Rajaa atau PB), Toman (rempit, curut dengan mama), ikan Jaguar Cichlid (saudara PB), patin, tongsan, rohu dan macam lagi. Stok ikan pun boleh dikatakan teramat tinggi tak terkata.

Tapi kenapa ia begitu? Ia kerana perairan tasik Titiwangsa kaya dengan ikan kerana kawalan ketat oleh DBKL. Ya saudara sekalian ini adalah kawasan larangan pancing. DBKL menjaga taman ini dengan ketat sekali dan sekiranya anda didapati memancing tanpa sebarang kebenaran segala alat pancing anda pasti akan dirampas.

Walau bagaimanapun hari ini agak berlainan sedikit. Ya, hari ini kita memancing di Titiwangsa tanpa was was. Malah kami berkasting dengan rajin sekali didepan pegawai DBKL yang bertugas menjaga taman tersebut. Saudara sekalian jangan tersilap sangka bahawa hari Malaysia DBKL memberi peluang memancing sesuka hati kerana ia bukanya begitu. Caranya adalah:

aaa

Saudara sekalian. Inilah lesen untuk memancing di Tasik Titiwangsa tanpa was was. Akan tetapi kami tidak menyertai pertandingan ini kerana berpegang kepada prinsip bahawa memancing di tasik awam haruslah percuma dan beretika. Apa yang telah kami buat adalah menyertai para kaki casting memancing di tasik yang lebih kecil yang terletak di belah Restoran Nelayan.

20130916_065422

Setelah memancing di perairan yang kurang dengan PB akibat kaki punggah kami beridam untuk mencuba Pro-Jectile di tempat yang lebih kaw ikan PB nya. Ikan PB di titiwangsa terkenal kerana bilanganya yang tinggi dan sifatnya yang agak agresif.

Pertandingan tersebut bermula pada jam 9 pagi tetapi kami tiba di tasik Titiwangsa pada pukul 7 pagi bersiap sedia untuk mencuba nasib dengan ikan ikan di sini. Target spesis utama di pagi ini adala ikan Raja titiwangsa. Kami bermula di bahagian benteng yang betul bertentangan dengan restoran Nelayan kerana melihat "frenzy" berlaku di sana.

20130916_065616

Setelah siap mengikat Pro-Jectile bersertakan dengan tali "leader" yang berukuran agak-agak 12 kaki kami pun memulakan operasi kami. Kami membuat lontaran pertama dan setelah jatuh kedalam air membiarkan Pro-Jectile tenggellam pada kiraan 5 dan mula mengayuh kekili dengan perlahan. Apa yang kami dapati adalah terdapat banyak "strike" tetapi tiada ikan yang tersangkut dengan fly kami.

Kami mencuba berkali kali begitu tetapi tiada respon yang bagus cuma kejaran dan strike sahaja. Suatu perkara yang aneh kerana kami dapati ada PB yang menelan fly yang kami persembahkan tetapi membuangya balik. ini amat merungsingkan kami.

Melihat bahawa banyak orang sedan melakukan senaman disini kami menukar tempat ke bahagian yang mempunyai lebih ruang dari ruang pejalan kaki. 20130916_074435

Di sini kami dapati banyak kaki casting telah sampai dan memulakan aktiviti casting mereka. Kami pun memilh sasaran untuk mendaratkan fly betul betul di depan samai. Akan tetapi kami terlebih kuasa dan mendaratkan fly diatas sami yang berdekatan dengan pancur air.

Untuk mengelakkan dari menarik samai kami mengayuh kekili kami dengan laju sekali untuk membaling semula. Sedang kami mengayuh begitu ZUPP! dengan serta merta PB pertama kita tersangkut. Rupa-rupanya ikan di sini memerlukan aksi yang sangat agresif.

20130916_073416

Kami mencuba lagi buat kali kedua dan mengayuh dengan liar sekali. ZUPP! Kena lagi.

20130916_074615

Rupa-rupanya ikan sangat agresif hari ini. Kayuhan perlu sangat laju dan aksi umpan perlu menarik untuk mendapatkan ikan di sini hari ini. Inilah taktik untuk diguna pakai untuk hari ini. Taktik ini terbukti mendapatkan hasil pada pagi ini. Umpan agresif untuk ikan agresif.

20130916_074814 20130916_075118

Apa yang perlu diambil perhatian adalah semakin matahari bersinar ikan PB di sini akan mula turun lagi ke dalam samai. Ini tidak bermasksud dia tidak akan strike tetapi harus menukar taktik kepada kayuhan yang kurang laju dan aksi medium untuk menarik ikan ini. Apa yang kami dapati juga adalah dalam jam menghampiri pukul sembilan aktiviti PB juga akan berkurangan.

Sekiranya saudara sekalian ingin memancing tanpa was was di tasik Titiwangsa, saudara bolehlah mencuba pada waktu bila pihak DBKL menganjurkan pertandingan sebegini.

Dalam dua jam kita berada disana kami juga sempat melihat "boiling" anak toman dan pelbagai jenis ikan lagi. Kami mengucapkan terima kasih kepada bro Shatha yang menjemput kami untuk mencuba nasib di tasik Titiwangsa. Tip yang diberi beliau amat terbaik dan beliau juga merupakan satu pemancing yang tegar.

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 comments