Cacing 'pun-pun' diburu kaki pancing di Port - Pancing Kuala Lumpur - Memancing di Kuala Lumpur

Blog Admin | 6:14 PM | 0 comments

Cacing &#39;pun-pun&#39; diburu kaki <b>pancing di</b> Port - <b>Pancing Kuala Lumpur</b> - Memancing di Kuala Lumpur


Cacing &#39;pun-pun&#39; diburu kaki <b>pancing di</b> Port - <b>Pancing Kuala Lumpur</b>

Posted: 30 Jan 2014 12:00 AM PST

Hari tu pukul 8.00 pagi kami dah gerak keluar dari Hotel ke Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor. Jalan agak lengang, orang pun tak berapa ramai. Selepas meletakkan kereta di parking bertingkat berhampiran Jeti kami bergegas turun beli sedikit bekalan untuk breakfast di Pulau Pangkor nanti. Parking bertingkat pun tak berapa mahal sangat, RM0.40 sen sejam. Oklah...

Medan Tempat Letak Kereta. Parking je kat dalam tu



Beli breakfast, tapau je makan kat Pangkor

Belum sampai lagi, masih di Jeti tunggu feri

Tiket pergi-balik. Jangan buang pulak tiket tu, guna semasa balik ke Jeti Lumut nanti

Lepas dapat tiket terus ke feri yang sedang menunggu. Orang tak berapa ramai pagi ni, tak payah beratur... terus je masuk dalam Feri. Itu sebab kitorang datang awal-awal. Kaunter tiket pun tak sesak sangat. Aku ni jenis tak suka beratur panjang-panjang, lenguh kepala lutut. Harga tiket pergi-balik RM10 dewasa dan RM6 Kanak-kanak.

Cuaca mendung sikit di perairan Lumut ni. Harap langit biru menunggu di Pulau Pangkor nanti, barulah ada selera sikit nak snap gambar.



Pelayaran ke Pulau Pangkor

Kampung nelayan

Dari atas feri

Perkampungan nelayan Sungai Pinang

Jeti Penumpang Sungai Pinang

Bot Pukat Bilis keluar mencari rezeki

"Cepat la ayah! Goyang ni!"

"agak-agak ada orang jual Lego tak kat Pulau Pangkor ni..."

Feri berlayar balik ke Jeti Lumut

Posing dengan si abang

Dah sampai Pulau Pangkor... selamba je usung bekal


Pulau Pangkor banyak jugak perubahannya di sekitar Jeti dan pekannya. Sekarang dah ada bank, tandas dan surau yang bersih. Takde masalah kalau nak amik duit, memerut dan sembahyang. Satu hari ni kami bercadang nak lepak di Teluk Nipah je, tambang teksi RM15 untuk satu keluarga. Pada asalnya nak ke Pasir Bogak, tapi tak direkemenkan oleh abang teksi sebab Pasir Bogak dah tak macam dulu lagi. Orang tak ramai mandi atau beraktiviti kat sana. Untuk ke Pasir Bogak tambangnya RM10 satu keluarga. Lalu di Pasir Bogak memang betul pun... macam sunyi je walaupun kedai-kedai jual cenderahati dan aktiviti air masih ada di sana...



Van berwarna pink ni sebagai teksi di Pulau Pangkor 



Dah sampai ke Teluk Nipah, macam-macam aktiviti ditawarkan. Ada duit bayar je



Water Taxi







Pelampung kesunyian



Anak aku snorkeling sendiri je, takde ikan pun kat tepi pantai ni. Enjoy la jugak asalkan dapat mandi



Banana Boat



Girang bermandi-manda sampai tak ingat nak naik

Tapi yang tak berapa berkenannya kat Teluk Nipah ni ialah aktiviti airnya berhampiran dengan pengunjung yang bermandi-manda. Kat situlah depa parking bot untuk menaik dan menurunkan penumpang. Kat situlah orang main jet ski. Kat situ jugaklah orang naik Banana Boat dan sewa bot untuk bersiar-siar di sekeliling Pulau Pangkor ni. Aku risaukan bebudak tengah sedap menyelam-nyelam kat situ selambe je bot dah parking atas kepala. Sepatutnya diorang kena asingkan tempat mandi dan tempat aktiviti air ni contohnya, rentangkan tali kuning atau letak sign berpelampung kat situ. Aku tengok jet ski dengan botnya sama laju je lalu celah-celah orang yang mandi manda tu. Tu sebab aku suruh anak aku mandi tepi-tepi batu je... 



Sementara tunggu anak mandi, berdating macam zaman muda-muda dulu hiks...



Pantai Teluk Nipah


Pantainya cantik lagi. Pasir memutih. Hari tu memang awan menyebelahi aku beserta langit birunya. Layan gambar sekitar Teluk Nipah...



Teluk Nipah

Teluk Nipah

Bot menunggu penumpang



Mandi-manda di Teluk Nipah



Batu-batu

Batu-batu

Batu-batu

Dah tengahari lepas anak-anak aku puas mandi, kitorang jalan-jalan sekitar Teluk Nipah ni tengok cenderahati apa yang patut. Harga masih OK lagi, cuma kena pandai memilih la. Ada yang mahal ada yang murah. 

Errr... kemudahan tandas kat sini ialah RM1.00 untuk memerut dan RM1.50 untuk mandi. Lagi lima tahun mungkin harganya akan naik lagi kot hehehee...



Haaa... kat tepi batu-batu tu la brader ni memancing sotong. Guna umpan tiruan je... aaaargghhhh!!! Kenapa la aku tak bawak batang pancing aku!


Anak aku dok bodek jugak beli benda ni





Ole-ole Pangkor



Buntal gigi besar

Feeeewiiiittt... buntal yang hensem



Buntal yang garang!



Perjalanan balik ke Pekan Pangkor. Kaki aku asyik menekan brek je naik van ni. Kat selekoh tajam selamba yaya je abang teksi ni lap!



Sampai ke Pekan Pangkor... cari ikan masin dan keropok



Kedai yang famous kat sini (Tuan kedai cakap la)



Keropok keping



Sotong kering



Cenderahati



Keropok ikan rumpai laut... sedap!



Pantun berapa kerat ni...?



Bye-bye Pulau Pangkor... balik ke Jeti Lumut

Pulau Pangkor masih cantik pada mata aku, boleh la nak repeat lagi. Makanan takdelah mahal mana, kena pandai-pandailah pilih ikut selera dan poket anda. Pengangkutan sewa teksi dan motor bersepah kat sini. Aktiviti air pun banyak pilihan dengan harga berpatutan. Mana-mana yang sewa motor tu gunakanlah minyak yang anda isi tu sebaik-baiknya, guna sampai nak habis minyak tu sebab belen petrol yang ada dalam tangki motor yang kita sewa tu akan disedut keluar oleh nyonya atau macha tukang sewa tu, tak tahu apa tujuannya. aku nak amik gamba tapi takut kena taji dengan diorang pulak... hihihihi... 

<b><b>Memancing Di</b></b></b> Kawasan Batu - <b>Pancing Kuala Lumpur</b>

Posted: 05 Mar 2014 12:00 AM PST

pesawat-mh370--SEPANG – Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.

"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit."Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam.

Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit.Ibrahim berkata, bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.

Pertanyaan Iklan / Advertisement Enquiry
http://www.kualalumpurpost.net/iklanadvertisement/

"Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin."Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya.

Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil media untuk membuat ritual pembebasan dengan meletakkan bubu mata pancing di atas kepala mereka.

Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.

Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada seseorang yang 'penting' untuk melakukan upacara tersebut semalam.

Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang, lapor Suara.tv

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 comments