<b><b> - <b><b>Pancing Kuala Lumpur</b></b> - Blogger - <b>Memancing di</b> <b>...</b> - Memancing di Kuala Lumpur
<b><b> - <b><b>Pancing Kuala Lumpur</b></b> - Blogger - <b>Memancing di</b> <b>...</b> - Memancing di Kuala Lumpur |
<b><b> - <b><b>Pancing Kuala Lumpur</b></b> - Blogger - <b>Memancing di</b> <b>...</b> Posted: 31 Jan 2014 12:00 AM PST Program memancing kami pada kali ini ialah pada 27 dan 28 April 2013 di persekitaran pelantar minyak Resak, Kuala Terenganu dengan disertai 11 orang pemancing yang terdiri dari Ahmad Jais, Sulaiman Mohamad, Roslan Mat, Che Hashim Che Derahman, Zakaria Hassan, Ihsan Ashraf, Azman Ahmad, Azriman Ridzuan, Isa Hussin, Helmi, dan Awie. Ikuti catatan pengalaman beserta 5 buah klip video Kereta yang dipandu AJ tiba pada 26/4/2013 (Jumaat) Sesiapa yang berminat untuk menyewa Bergambar di ruang tamu homestay Dari kiri depan: Awie, Zack, Helmi, Azriman dan Azman. Bergambar bersama Pengurus Homestay Sebahagian dari pemancing sudah tiba En. Ihsan Ashraf bersama peralatan memancingnya... Gambar dirakam dari tingkat atas boat. Semasa boat sedang belayar menuju ke tengah lautan, kesempatan diambil untuk memasang peralatan memancing... Penyediaan perambut dibuat oleh Pak Lah, Bagi penduduk tempatan, mereka lebih suka memancing di pergigian pantai di waktu petang. Jika bernasib baik, "Bukan rezeki kami bersama" En. Isa sebenarnya telah berjaya menawan seekor bapak ikan haruan tasik, tetapi malangnya semasa hendak mendaratkannya, tali pancing beliau Sementara menanti ikan besar, kami di beri Beberapa ekor ikan Sela Kuning Zack bukan saja pandai memancing tapi pandai dan rajin menolong kerja-kerja di dapur... Ikan yang sudah siap dibersihkan. Cuaca yang panas terik tidak menghalang kami Setelah belayar hampir 9 jam (secara henti-henti untuk memancing) (kepada yang sanggup, teruskan, kalau tak sanggup, boleh tidur...) Pelantar minyak Resak, berdiri megah Kepada pemancing yang pertama kali tiba Boat telahpun berlabuh, Helmi dan rakan-rakan sedang memasang umpan berupa sotong dan Azriman sedang memasang umpan... Pak Lah sedang menurunkan tali sauh Zack sudah melontarkan mata pancingnya ke laut... Awie sabar menanti umpannya diragut... Sulaiman merupakan juara Azman sedang mencuba nasib... Isa merupakan seorang penangkap ikan sepat dan haruan yang handal semasa kecil di bendang milik keluarganya di Jitra, Kedah... Che Hashim berasal dari Tanah Merah, Kelantan tidak pernah pulang dengan tangan kosong.... Helmi berasal dari Johor dan merupakan ahli baru kami, Sulaiman menjadi perintis dan permulaan yang baik Ikan Kerapu pertama berjaya dipancing oleh Sulaiman... AJ tidaklah handal sangat, tapi untuk mendapat Memancing ikan berlatar belakang AJ, Helmi dan Zack teruja melihat lampu pelantar minyak Roslan Mat yang berasal dari Bukit Mertajam berjaya menaikkan seekor ikan Cupak... Ikan Cupak Roslan di anggarkan seberat 4 kilo... Azman dapat seekor ikan Remong... Lan dapat lagi ikan, kali ni anak ikan Merah... Zack dah tak tahan panas hingga Ihsan dapat Ibu Ikan Nyok-Nyok... Azman pinjam ikan Ihsan untuk bergaya... "Mana tau lepas ni giliran dia pulak" Ikan Nyok-Nyok Ihsan juga di anggarkan seberat 4 kilo... Helmi menaikkan seekor ikan kerapu bersaiz agak besar. Ikan Kerapu Helmi di anggarkan seberat 3 kilo... Che Hashim tak pinjam ikan Helmi tapi bergambar dengan ikan yang dipancingnya. Secara kebetulan ikan mereka hampir sama... Fenomena yang menakjubkan Jurumudi boat juga bernama Awie sedang berwirid selepas menunaikan solat Subuh... Pelantar Minyak ni sangat cantik Rupa bentuknya seperti sebuah helikopter... Isa terpesona dengan keindahan Pelantar Minyak Lan dapat seekor anak Ikan Merah.... Awie sedang memancing.... Keadaan air laut nampak sedikit bergelora. Awie dah selesai sembahyang, sekarang ni dia tengah periksa tali sauh... "Kan dah kata tadi, AJ kalau setakat sekor dua ikan tak dak masalah baginya..." Dua ekor ikan serentak dinaikkan Isa dapat seekor Ikan Merah Pucat.... Mula-mula isa dapat dua ekor ikan kerapu sekali naik... Selang beberapa saat, Helmi pulak dapat lagi seekor, "Tengok betul-betul...." "Azriman dapat ikan Kerapu..." "Lan pun dapat ikan Kerapu juga..." "Harap-harap, kau orang berdua ni Ni baru lah lain sikit...kata orang Ganu, ikan Conor atau ikan Mudim... "Selang beberapa minit Azriman dapat Nampak gayanya Lan Mat lah juara kali ni... "Dia bawak naik seekor Ibu Kerisi..." Letih dah aku nak menaip nama Ikan Kerapu... Mana pi ikan merah, takkan tak dak kot? Kerapu lagi, tapi kali ni besar la sikit.... Terror la kau Zack.... Kerapu...Kerapu...Kerapu... Dalam dok sebut-sebut, naik jugak ikan Merah akhirnya... "Hebat la kau Lan, dua sekali kau dapat... satu ikan merah dan satu lagi ikan Kerapu Bara...." Anggaran berat seekor adalah 3 kilo... Ikan yang di pancing akan disimpan ke dalam tong besar berisi ais batu di dalam perut boat Rezeki setakat ni, banyak lah jugak... Che Hashim dapat ikan apa pulak ni? Azman dengan ikan Kerapunya dianggarkan seberat 1 1/2 kilo.... Nampak gayanya umpan AJ macam telah mengena... Betullah tu....AJ dapat dua ekor ikan sekaligus menggunakan Sulaiman dengan ikan Kerapunya yang ke 4.... Lan dengan ikan Kerisi yang baru dipancingnya. Jumlah semua ikan yang diperolehinya setakat ini Isa dah lima ekor.... Kecik-kecik cili padi... Penangan mata pancing Apollo... Leman sudah kumpul ikan Kerapu Laut nampak tenang berbanding sebentar tadi... Isa dah enam ekor... Lan dapat dua ekor ikan kerapu sekaligus Azriman kalau campur ikan yang ditangkap melalui pancing Apollo, sudah dua puluh ekor. Awie sedang memeriksa alat GPS nya... Tiap kali boat belayar untuk mengubah tempat, para pemancing dapatlah berehat... Ihsan pula menggunakan ruang masa yang ada untuk membetulkan tali mata pancingnya... Helmi sanggup berjemur di tengah panas untuk memastikan dia mendapat banyak ikan... Usahanya tidak sia-sia... Ikan yang kecil tak sepadan dengan AJ nak sembahyang di tingkat atas, Zack dapat Bapak Kerapu di anggarkan seberat 5 kilo.... Azman dapat Ibu Kerapu juga di anggarkan seberat 5 kilo... Bapak dengan mak dah kena tangkap, macamana ikan nak membiak.... Ihsan bergaya dengan mak bapak kerapu.... Bot besar ni lalu, membuatkan boat kami Nasib baik tak karam,kalau tidak, nasib kami akan jadi Che Hashim menjeling boat rescue tersebut... Azriman pakar memancing dengan mata kail Apollo... Selama ni kami kat Kuala Lumpur makan ikan yang dah di awet dengan bahan pengawet.. Sekarang kami nak makan ikan segar pulak... Jangan lupa Bismillah Awie!!! Sessi makan tengahari.... Seekor ikan yang sedang digoreng di dalam kuali... Ihsan makan dengan penuh selera... Mana cukup Man makan dalam mangkok kecil... Helmi makan banyak sebab dia juga dapat banyak ikan... Lautan luas tidak bertepi..... Syarikat dah hilang seorang Pengurus Perladangan sebab Setelah 2 hari 1 malam kami di laut, (27 - 28/4/2013), Saudara Roslan Mat diistiharkan juara Empat orang jejaka tampan yang serba boleh samada di laut dan juga di darat... Senyum kepuasan... Inilah hasil tangkapan kami... Sebenarnya banyak lagi, tapi kami sengaja tinggalkan di laut sebab susah nak bawak balik.. Tugas-tugas membahagi rezeki samarata, kami serahkan kepada Pak Lah.... ************************************************************************ 5 buah klip video di bawah ini telah diupload ke Youtube dan dicopy semula ke dalam artikel ini untuk tontonan pembaca dan semoga semuanya terhibur.... |
<b><b>Memancing Di</b></b></b> Kawasan Batu - <b>Pancing Kuala Lumpur</b> Posted: 05 Mar 2014 12:00 AM PST SEPANG – Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu. Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan. "Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit."Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam. Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit.Ibrahim berkata, bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian. Pertanyaan Iklan / Advertisement Enquiry "Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin."Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya. Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil media untuk membuat ritual pembebasan dengan meletakkan bubu mata pancing di atas kepala mereka. Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini. Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada seseorang yang 'penting' untuk melakukan upacara tersebut semalam. Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang, lapor Suara.tv |
You are subscribed to email updates from memancing di kuala lumpur - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments