Memancing Di Sungai Tekala | Rahmawan Blog - Memancing di ... - Memancing di Kuala Lumpur
<b>Memancing Di</b> Sungai Tekala | Rahmawan Blog - <b>Memancing di</b> <b>...</b> - Memancing di Kuala Lumpur |
- <b>Memancing Di</b> Sungai Tekala | Rahmawan Blog - <b>Memancing di</b> <b>...</b>
- Tempat <b>Memancing di Kuala Lumpur</b> - Pancing Mania Blog
- <b><b>Memancing di</b></b> - <b>Pancing Kuala Lumpur</b> - Blogger
<b>Memancing Di</b> Sungai Tekala | Rahmawan Blog - <b>Memancing di</b> <b>...</b> Posted: 21 Aug 2015 03:07 AM PDT |
Tempat <b>Memancing di Kuala Lumpur</b> - Pancing Mania Blog Posted: 28 Apr 2013 12:00 AM PDT Program memancing kami pada kali ini ialah pada 27 dan 28 April 2013 di persekitaran pelantar minyak Resak, Kuala Terenganu dengan disertai 11 orang pemancing yang terdiri dari Ahmad Jais, Sulaiman Mohamad, Roslan Mat, Che Hashim Che Derahman, Zakaria Hassan, Ihsan Ashraf, Azman Ahmad, Azriman Ridzuan, Isa Hussin, Helmi, dan Awie. Ikuti catatan pengalaman beserta 5 buah klip video Kereta yang dipandu AJ tiba pada 26/4/2013 (Jumaat) Sesiapa yang berminat untuk menyewa Bergambar di ruang tamu homestay Dari kiri depan: Awie, Zack, Helmi, Azriman dan Azman. Bergambar bersama Pengurus Homestay Sebahagian dari pemancing sudah tiba En. Ihsan Ashraf bersama peralatan memancingnya... Gambar dirakam dari tingkat atas boat. Semasa boat sedang belayar menuju ke tengah lautan, kesempatan diambil untuk memasang peralatan memancing... Penyediaan perambut dibuat oleh Pak Lah, Bagi penduduk tempatan, mereka lebih suka memancing di pergigian pantai di waktu petang. Jika bernasib baik, "Bukan rezeki kami bersama" En. Isa sebenarnya telah berjaya menawan seekor bapak ikan haruan tasik, tetapi malangnya semasa hendak mendaratkannya, tali pancing beliau Sementara menanti ikan besar, kami di beri Beberapa ekor ikan Sela Kuning Zack bukan saja pandai memancing tapi pandai dan rajin menolong kerja-kerja di dapur... Ikan yang sudah siap dibersihkan. Cuaca yang panas terik tidak menghalang kami Setelah belayar hampir 9 jam (secara henti-henti untuk memancing) (kepada yang sanggup, teruskan, kalau tak sanggup, boleh tidur...) Pelantar minyak Resak, berdiri megah Kepada pemancing yang pertama kali tiba Boat telahpun berlabuh, Helmi dan rakan-rakan sedang memasang umpan berupa sotong dan Azriman sedang memasang umpan... Pak Lah sedang menurunkan tali sauh Zack sudah melontarkan mata pancingnya ke laut... Awie sabar menanti umpannya diragut... Sulaiman merupakan juara Azman sedang mencuba nasib... Isa merupakan seorang penangkap ikan sepat dan haruan yang handal semasa kecil di bendang milik keluarganya di Jitra, Kedah... Che Hashim berasal dari Tanah Merah, Kelantan tidak pernah pulang dengan tangan kosong.... Helmi berasal dari Johor dan merupakan ahli baru kami, Sulaiman menjadi perintis dan permulaan yang baik Ikan Kerapu pertama berjaya dipancing oleh Sulaiman... AJ tidaklah handal sangat, tapi untuk mendapat Memancing ikan berlatar belakang AJ, Helmi dan Zack teruja melihat lampu pelantar minyak Roslan Mat yang berasal dari Bukit Mertajam berjaya menaikkan seekor ikan Cupak... Ikan Cupak Roslan di anggarkan seberat 4 kilo... Azman dapat seekor ikan Remong... Lan dapat lagi ikan, kali ni anak ikan Merah... Zack dah tak tahan panas hingga Ihsan dapat Ibu Ikan Nyok-Nyok... Azman pinjam ikan Ihsan untuk bergaya... "Mana tau lepas ni giliran dia pulak" Ikan Nyok-Nyok Ihsan juga di anggarkan seberat 4 kilo... Helmi menaikkan seekor ikan kerapu bersaiz agak besar. Ikan Kerapu Helmi di anggarkan seberat 3 kilo... Che Hashim tak pinjam ikan Helmi tapi bergambar dengan ikan yang dipancingnya. Secara kebetulan ikan mereka hampir sama... Fenomena yang menakjubkan Jurumudi boat juga bernama Awie sedang berwirid selepas menunaikan solat Subuh... Pelantar Minyak ni sangat cantik Rupa bentuknya seperti sebuah helikopter... Isa terpesona dengan keindahan Pelantar Minyak Lan dapat seekor anak Ikan Merah.... Awie sedang memancing.... Keadaan air laut nampak sedikit bergelora. Awie dah selesai sembahyang, sekarang ni dia tengah periksa tali sauh... "Kan dah kata tadi, AJ kalau setakat sekor dua ikan tak dak masalah baginya..." Dua ekor ikan serentak dinaikkan Isa dapat seekor Ikan Merah Pucat.... Mula-mula isa dapat dua ekor ikan kerapu sekali naik... Selang beberapa saat, Helmi pulak dapat lagi seekor, "Tengok betul-betul...." "Azriman dapat ikan Kerapu..." "Lan pun dapat ikan Kerapu juga..." "Harap-harap, kau orang berdua ni Ni baru lah lain sikit...kata orang Ganu, ikan Conor atau ikan Mudim... "Selang beberapa minit Azriman dapat Nampak gayanya Lan Mat lah juara kali ni... "Dia bawak naik seekor Ibu Kerisi..." Letih dah aku nak menaip nama Ikan Kerapu... Mana pi ikan merah, takkan tak dak kot? Kerapu lagi, tapi kali ni besar la sikit.... Terror la kau Zack.... Kerapu...Kerapu...Kerapu... Dalam dok sebut-sebut, naik jugak ikan Merah akhirnya... "Hebat la kau Lan, dua sekali kau dapat... satu ikan merah dan satu lagi ikan Kerapu Bara...." Anggaran berat seekor adalah 3 kilo... Ikan yang di pancing akan disimpan ke dalam tong besar berisi ais batu di dalam perut boat Rezeki setakat ni, banyak lah jugak... Che Hashim dapat ikan apa pulak ni? Azman dengan ikan Kerapunya dianggarkan seberat 1 1/2 kilo.... Nampak gayanya umpan AJ macam telah mengena... Betullah tu....AJ dapat dua ekor ikan sekaligus menggunakan Sulaiman dengan ikan Kerapunya yang ke 4.... Lan dengan ikan Kerisi yang baru dipancingnya. Jumlah semua ikan yang diperolehinya setakat ini Isa dah lima ekor.... Kecik-kecik cili padi... Penangan mata pancing Apollo... Leman sudah kumpul ikan Kerapu Laut nampak tenang berbanding sebentar tadi... Isa dah enam ekor... Lan dapat dua ekor ikan kerapu sekaligus Azriman kalau campur ikan yang ditangkap melalui pancing Apollo, sudah dua puluh ekor. Awie sedang memeriksa alat GPS nya... Tiap kali boat belayar untuk mengubah tempat, para pemancing dapatlah berehat... Ihsan pula menggunakan ruang masa yang ada untuk membetulkan tali mata pancingnya... Helmi sanggup berjemur di tengah panas untuk memastikan dia mendapat banyak ikan... Usahanya tidak sia-sia... Ikan yang kecil tak sepadan dengan AJ nak sembahyang di tingkat atas, Zack dapat Bapak Kerapu di anggarkan seberat 5 kilo.... Azman dapat Ibu Kerapu juga di anggarkan seberat 5 kilo... Bapak dengan mak dah kena tangkap, macamana ikan nak membiak.... Ihsan bergaya dengan mak bapak kerapu.... Bot besar ni lalu, membuatkan boat kami Nasib baik tak karam,kalau tidak, nasib kami akan jadi Che Hashim menjeling boat rescue tersebut... Azriman pakar memancing dengan mata kail Apollo... Selama ni kami kat Kuala Lumpur makan ikan yang dah di awet dengan bahan pengawet.. Sekarang kami nak makan ikan segar pulak... Jangan lupa Bismillah Awie!!! Sessi makan tengahari.... Seekor ikan yang sedang digoreng di dalam kuali... Ihsan makan dengan penuh selera... Mana cukup Man makan dalam mangkok kecil... Helmi makan banyak sebab dia juga dapat banyak ikan... Lautan luas tidak bertepi..... Syarikat dah hilang seorang Pengurus Perladangan sebab Setelah 2 hari 1 malam kami di laut, (27 - 28/4/2013), Saudara Roslan Mat diistiharkan juara Empat orang jejaka tampan yang serba boleh samada di laut dan juga di darat... Senyum kepuasan... Inilah hasil tangkapan kami... Sebenarnya banyak lagi, tapi kami sengaja tinggalkan di laut sebab susah nak bawak balik.. Tugas-tugas membahagi rezeki samarata, kami serahkan kepada Pak Lah.... ************************************************************************ 5 buah klip video di bawah ini telah diupload ke Youtube dan dicopy semula ke dalam artikel ini untuk tontonan pembaca dan semoga semuanya terhibur.... |
<b><b>Memancing di</b></b> - <b>Pancing Kuala Lumpur</b> - Blogger Posted: 23 Apr 2014 01:15 PM PDT Memancing di Malaysia adalah suatu aktiviti yang menarik. Lagi lagi di taman tasik Titiwangsa, kehebatanya tak terkata. Kalau anda pemancing tegar di ibukota anda pasti bersetuju tempat paling top untuk memancing di Kuala Lumpur (KL) adalah Tasik Titiwangsa. Terdapat pelbagai jenis ikan di dalam perairanya. Ikan seperti Peacock Bass (Pikok, Rajaa atau PB), Toman (rempit, curut dengan mama), ikan Jaguar Cichlid (saudara PB), patin, tongsan, rohu dan macam lagi. Stok ikan pun boleh dikatakan teramat tinggi tak terkata. Tapi kenapa ia begitu? Ia kerana perairan tasik Titiwangsa kaya dengan ikan kerana kawalan ketat oleh DBKL. Ya saudara sekalian ini adalah kawasan larangan pancing. DBKL menjaga taman ini dengan ketat sekali dan sekiranya anda didapati memancing tanpa sebarang kebenaran segala alat pancing anda pasti akan dirampas. Walau bagaimanapun hari ini agak berlainan sedikit. Ya, hari ini kita memancing di Titiwangsa tanpa was was. Malah kami berkasting dengan rajin sekali didepan pegawai DBKL yang bertugas menjaga taman tersebut. Saudara sekalian jangan tersilap sangka bahawa hari Malaysia DBKL memberi peluang memancing sesuka hati kerana ia bukanya begitu. Caranya adalah: Saudara sekalian. Inilah lesen untuk memancing di Tasik Titiwangsa tanpa was was. Akan tetapi kami tidak menyertai pertandingan ini kerana berpegang kepada prinsip bahawa memancing di tasik awam haruslah percuma dan beretika. Apa yang telah kami buat adalah menyertai para kaki casting memancing di tasik yang lebih kecil yang terletak di belah Restoran Nelayan. Setelah memancing di perairan yang kurang dengan PB akibat kaki punggah kami beridam untuk mencuba Pro-Jectile di tempat yang lebih kaw ikan PB nya. Ikan PB di titiwangsa terkenal kerana bilanganya yang tinggi dan sifatnya yang agak agresif. Pertandingan tersebut bermula pada jam 9 pagi tetapi kami tiba di tasik Titiwangsa pada pukul 7 pagi bersiap sedia untuk mencuba nasib dengan ikan ikan di sini. Target spesis utama di pagi ini adala ikan Raja titiwangsa. Kami bermula di bahagian benteng yang betul bertentangan dengan restoran Nelayan kerana melihat "frenzy" berlaku di sana. Setelah siap mengikat Pro-Jectile bersertakan dengan tali "leader" yang berukuran agak-agak 12 kaki kami pun memulakan operasi kami. Kami membuat lontaran pertama dan setelah jatuh kedalam air membiarkan Pro-Jectile tenggellam pada kiraan 5 dan mula mengayuh kekili dengan perlahan. Apa yang kami dapati adalah terdapat banyak "strike" tetapi tiada ikan yang tersangkut dengan fly kami. Kami mencuba berkali kali begitu tetapi tiada respon yang bagus cuma kejaran dan strike sahaja. Suatu perkara yang aneh kerana kami dapati ada PB yang menelan fly yang kami persembahkan tetapi membuangya balik. ini amat merungsingkan kami. Melihat bahawa banyak orang sedan melakukan senaman disini kami menukar tempat ke bahagian yang mempunyai lebih ruang dari ruang pejalan kaki. Di sini kami dapati banyak kaki casting telah sampai dan memulakan aktiviti casting mereka. Kami pun memilh sasaran untuk mendaratkan fly betul betul di depan samai. Akan tetapi kami terlebih kuasa dan mendaratkan fly diatas sami yang berdekatan dengan pancur air. Untuk mengelakkan dari menarik samai kami mengayuh kekili kami dengan laju sekali untuk membaling semula. Sedang kami mengayuh begitu ZUPP! dengan serta merta PB pertama kita tersangkut. Rupa-rupanya ikan di sini memerlukan aksi yang sangat agresif. Kami mencuba lagi buat kali kedua dan mengayuh dengan liar sekali. ZUPP! Kena lagi. Rupa-rupanya ikan sangat agresif hari ini. Kayuhan perlu sangat laju dan aksi umpan perlu menarik untuk mendapatkan ikan di sini hari ini. Inilah taktik untuk diguna pakai untuk hari ini. Taktik ini terbukti mendapatkan hasil pada pagi ini. Umpan agresif untuk ikan agresif.
Apa yang perlu diambil perhatian adalah semakin matahari bersinar ikan PB di sini akan mula turun lagi ke dalam samai. Ini tidak bermasksud dia tidak akan strike tetapi harus menukar taktik kepada kayuhan yang kurang laju dan aksi medium untuk menarik ikan ini. Apa yang kami dapati juga adalah dalam jam menghampiri pukul sembilan aktiviti PB juga akan berkurangan. Sekiranya saudara sekalian ingin memancing tanpa was was di tasik Titiwangsa, saudara bolehlah mencuba pada waktu bila pihak DBKL menganjurkan pertandingan sebegini. Dalam dua jam kita berada disana kami juga sempat melihat "boiling" anak toman dan pelbagai jenis ikan lagi. Kami mengucapkan terima kasih kepada bro Shatha yang menjemput kami untuk mencuba nasib di tasik Titiwangsa. Tip yang diberi beliau amat terbaik dan beliau juga merupakan satu pemancing yang tegar. |
You are subscribed to email updates from memancing di kuala lumpur - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 comments