Tragedi memancing | Kuala Lumpur Post - Memancing di Kuala Lumpur
Tragedi <b>memancing</b> | <b>Kuala Lumpur</b> Post - Memancing di Kuala Lumpur |
- Tragedi <b>memancing</b> | <b>Kuala Lumpur</b> Post
- Kumpow Anglers Malaysia, lubuk <b>memancing</b> khas <b>di Kuala Lumpur</b>
- Tip <b>Memancing</b>: DSC1759 : Senja diperjalanan pulang ke <b>Kuala</b>
Tragedi <b>memancing</b> | <b>Kuala Lumpur</b> Post Posted: 06 Oct 2014 01:17 AM PDT Professional valet service for all event http://nusapark.com/ Taiping – Seorang remaja lelaki yang menaiki bot untuk memancing bersama dua rakan di sebuah lombong di Kampung Kurnia Tambahan, Kamunting di sini, ditemui lemas, malam tadi. Mayat mangsa Mohd Ajmal Ahmad Zulkifli, 15, ditemui pada jam 8.22 malam oleh pasukan penyelamat selepas menjalankan operasi mencari dan menyelamat hampir tiga jam. Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Yusuf Md Diah berkata, mangsa adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting dan berasal dari Kampung Sentosa Jaya, di sini. Katanya, mangsa bersama dua rakannya yang terselamat dalam kejadian itu, menaiki sebuah bot untuk memancing di lombong berkenaan. "Bagaimanapun, bot dinaiki mangsa dipercayai bocor dan ketiga-tiga remaja bertindak terjun ke dalam lombong untuk menyelamatkan diri, namun mangsa terus tenggelam," katanya. Operasi mencari mangsa disertai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kamunting, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba Kuala Kangsar, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kamunting Penolong Penguasa Bomba Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong pada 5.26 petang semalam. "Remaja terbabit dikatakan jatuh ke dalam lombong yang mempunyai kedalaman air sehingga 12 meter. Mayat mangsa berjaya ditemui di lokasi sedalam kira-kira 3 meter di lombong berkenaan," katanya. Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, lapor Hmetro. |
Kumpow Anglers Malaysia, lubuk <b>memancing</b> khas <b>di Kuala Lumpur</b> Posted: 06 Jul 2014 06:27 PM PDT Fishing in Malaysia is a passion. There are some excellent fishing groups to join on Facebook and one of these groups are the Kumpow Anglers of Malaysia (KAM). A predominantly sports fishing group there are some excellent members in this group. Mainly catch and release in the freshwater and take what you need in the salt. Kumpow anglers are the go to group to truly enjoy friendship and fishing here in Malaysia. Baru-baru ini rakan-rakan kami dari Kumpulan FB Kumpow Anglers Malaysia telah membuat suatu trip luar bandar yang betul-betul di luar bandar Kuala Lumpur sahaja. Kami diminta untuk tidak berkongsi lokasi lubuk ini kerana tidak ingin mengundang kehadiran kaki tapau yang tidak tahu had langsung. Oleh itu lebih baik untuk tidak menyebut nama lokasi langsung. Apa yang kami boleh kongsi adalah tempat ini tidak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur. Rakan-rakan sekalian, lubuk ini merupakan lubuk sebarau metropolitan yang dipancing dengan penuh prihatin oleh rakan-rakan kami di Kumpow Anglers. Apa yang selalunya ditangkap disini selamat dilepaskan semula kerana ikan yang ditangkap ini semestinya amat berharga sekiranya anda seorang caster yang berpengalaman. Ikan yang terdapat di sini adalah ikan seperti Sebarau (Hampala Barb) dan juga salah suatu ikan khas Malaysia iatu Ikan Kelah (Silver Mahseer). Saiz ikan yang terdapat di sini juga boleh tahan dan pastinya akan memberikan asakan yang mantap untuk mesin casting mahupun fly anda. Untuk memancing dengan lebih efektif untuk ikan Sebarau ataupun Kelah disini, wakil Kumpow Anglers Malaysia, Encik Diki berkongsi sedikit tip untuk anda. Semestinya tip-tip ini boleh digunapakai dalam pelbagai situasi. Berikut adala tip-tipnya: Gewang yang sesuai digunakan disini adalah: – Gewang sudu yang warna emas dan berat diantara 7 sehingga 14 gram (ini tertakluk kepada kelajuan arus air) – Gewang tradisional seperti Rapala Countdown efektif disini. – Spinfly pun boleh digunakan Ketika memancing disini sila prihatin terhadap kekeruhan air. Sekiranya air keruh peluang untuk kena ikan adalah amat bagus. Sekiranya air amat jernih maka peluang ini semakin berkurangan. Kumpow Anglers Malaysia sering menjemput ahli baru yang gemar memancing. Tidak kira umur, bangsa ataupun agama. Apa yang penting adalah pemancing yang berbudi bicara dan peka terhadap perubahan ekosistem memancing di Malaysia.
|
Tip <b>Memancing</b>: DSC1759 : Senja diperjalanan pulang ke <b>Kuala</b> Posted: 10 Aug 2014 12:00 AM PDT Tips Cara Mancing Ikan Gabus : Predator fresh water yang satu ini sangat terkenal akan kerakusannya dan hampir semua pemancing yang pernah mancing di area fresh water pernah merasakan hentakan ikan gabus ini. Satu hal yang perlu kita ketahui tentang karakteristik ikan adalah mereka tidak suka atau tidak tahan akan yang namanya panas apalagi panas terik yang dapat menyebabkan kondisi air akan menjadi lebih hangat, ikan ikan termasuk ikan gabus akan bersembunyi atau berlindung pada area yang lebih teduh baik itu dalam lubang atau pinggiran air yang di lindungi daun, akar dan ranting pohon. Oleh karena itu untuk berburu ikan di siang hari spot mancing adalah ranting ranting pohon tumpukan kayu tumbang dan akar akar pohon yang berada di dalam air yang pasti pada lokasi teduh. Setelah beberapa waktu lalu sobat angler membaca artikel Kepri Fishing Club tentang Mengenal Manfaat Ikan Gabus, oleh karena itulah kali ini kami akan memberikan informasi bagaimana caranya memancing ikan gabus tersebut. Memancing ikan gabus dapat di lakukan dengan berbagai teknik baik itu teknik popping, casting dan juga bottom fishing atau teknik dasaran, teknik yang paling banyak di gunakan untuk memancing ikan gabus ialah teknik casting dan dasaran. Berikut ini beberapa tips untuk memancing ikan gabus
Nah sobat angler sekalian demikianlah informasi singkat ini tentang Tips Cara Mancing Ikan Gabus semoga saja berguna dan juga bermanfaat bagi kia semua yang suka berburu ikan di perairan freshwater. Bagikan artikel ini pada yang lain agar mereka juga mengetahuinya, terimakasih. Jangan lupa untuk membaca juga 9 Tips Jitu Mancing Ikan Lele. Tips Cara Mancing Ikan Gabus 2014-08-06T19:11:00+07:00 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: irwan di |
You are subscribed to email updates from memancing di kuala lumpur - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments